Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Diarah Kosongkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan...

Pokok Petai ‘Hybrid’ Sesuai...

SERDANG - Pokok petai ‘hybrid’ hasil ‘perkahwinan’ petai biasa dan petai padi, sesuai...

Stres Punca Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR – Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami...

Captain Jack Sparrow Adalah...

KETIKA mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney Pictures ini, saya sedikit tertarik pada...

Salah Pasang Lagu Kebangsaan, Pegawai Copa America Mohon Maaf Kepada Uruguay

ARIZONA – Pegawai Copa America memohon maaf kepada Uruguay selepas melakukan “kesilapan manusia” apabila memasang lagu kebangsaan Chile sebelum pertembungan dengan Mexico bermula.

Pemain-pemain Uruguay kelihatan bingung apabila lagu Chile dimainkan di Stadium Universiti Phoenix di Glendale, United States.

Ia sedikit-sebanyak memberi kesan kerana Alvaro Pereira menanduk masuk gol sendiri pada minit keempat, yang meletakkan Mexico di hadapan.

Dalam satu kenyataan, penganjur memohon maaf kepada Uruguay disebabkan kesilapan itu.

“Akibat ‘kesilapan manusia’, kami memohon maaf kerana memainkan lagu kebangsaan yang salah.

“Kami memohon maaf kepada Persekutuan Uruguay, pasukan negara Uruguay,dan rakyat Uruguay di atas kesilapan ini.


“Kami akan bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk memastikan kesilapan sebegini tidak akan berlaku lagi.

Uruguay tewas 3-1 kepada Mexico dalam aksi sulung Kumpulan C, Copa America semalam.
– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori