Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mira Filzah Melaram Dengan...

INGATKAN Che Ta dan Zain Saidin sahaja yang melaram dengan ratusan helai baju...

Moscow Akan Bertindak Jika...

BELGRADE : Bosnia dan Herzegovina mempunyai hak untuk memilih sama ada mahu menjadi...

“Tiada Tempat Duduk Untuk...

"SAYA tak pergi ke AJL kerana tiada tempat duduk untuk saya," itu luahan...

Kadar Jangkitan Covid-19 Terus...

PUTRAJAYA- Nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di seluruh negara terus merekod penurunan...

Salleh Sokong Tindakan Disiplin Terhadap Trio

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyatakan sokongan penuh kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir daripada parti atas kesalahan disiplin.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, dipetik sebagai berkata UMNO Sabah sebulat suara menyokong tindakan itu serta bersetuju keputusan menggantung Datuk Seri Shafie Apdal atas sebab yang sama.

Salleh bersetuju dengan kenyataan Musa bahawa anggota terutama pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk menghormati, berdisiplin dan mematuhi peraturan parti.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi perlembagaan parti. Jika pemimpin atau anggota menentang parti, tindakan yang sesuai harus diambil demi kepentingan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi dan universiti, anjuran Yayasan Sabah di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi. Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah.


Mengulas tindakan Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr. Jaujan Sambakong, tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan bahagian itu yang mengumumkan keluar parti semalam, Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menggesa anggota parti supaya bertenang dan tidak tunduk kepada propaganda politik oleh mereka yang ingin memusnahkan parti.

“Pemimpin datang dan pergi, tetapi kerana kesetiaan ahli-ahli UMNO kepada parti, UMNO kekal utuh,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori