Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Jumlah Daftar Masuk MySejahtera...

KUALA LUMPUR : Jumlah individu yang menggunakan fungsi daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera...

Polis Buru Samun Wanita...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kerugian RM15,000 selepas disamun tiga lelaki di sebuah...

Kes ‘Beli Rumah Dapat...

Solo - Seorang wanita membuat laporan polis semalam kerana mendakwa ditipu suaminya, Redi...

PAS Cadang Perlembagaan Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan Perlembagaan Persekutuan...

Saran Wajibkan Penjawat Awam Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji

TEMERLOH – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan penjawat awam yang layak di negeri ini diwajibkan membayar zakat dengan kaedah potongan gaji pada setiap bulan.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah, melalui cara itu kutipan zakat di negeri ini akan dapat dipertingkat sekali gus dapat digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Ketika saya mengambil alih jawatan Yang Dipertua MUIP 32 tahun lalu, kutipan zakat yang direkodkan ketika itu hanya RM2 juta sahaja, namun hasil kesedaran umat Islam yang semakin meningkat tentang kewajipan mengeluarkan zakat ini, tahun lepas sahaja kita berjaya mengutip RM105 juta.

“Dengan mewajibkan kakitangan awam membayar zakat melalui potongan gaji, saya yakin kutipan akan bertambah dan saya sentiasa memastikan pengagihan wang zakat dapat dilakukan dengan sempurna kepada lapan asnaf seperti yang dituntut oleh agama Islam,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yag memerlukan di Masjid Kuala Tekal, Kerdau di sini semalam.


Turut berangkat di majlis tersebut Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar serta anakanda baginda Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pada majlis berkenaan 620 golongan asnaf termasuk warga emas dan fakir miskin menerima agihan wang tunai keseluruhan berjumlah RM163,000 selain turut menerima hamper barangan makanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori