Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zakar Membesar 5 Kilogram...

NAIROBI - Ketika ramai lelaki mahu memiliki batang zakar besar, lain pula kisah...

Eew… Tertelan Bangkai Cicak...

JIJIK, bangkai seekor cicak ditemui dalam Tiramisu oleh seorang pengunjung sebuah restoran makanan...

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda...

POLIS trafik sedang mengesan pemilik kenderaan menyalahgunakan laluan kecemasan ketika insiden nahas yang meragut nyawa dua...

RCI: Tiada Asas Tangguh...

SEMUA kes mahkamah akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan diputuskan oleh mahkamah seperti...

Sari Yanti Selesa Solo, Belum Sedia Cari Pengganti

PELAKON cantik Sari Yanti yang kini berstatus solo masih lagi belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan bekas suaminya.

Pemilik nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari, 32, bercerai dengan Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 2014 berkata, dia kini selesa dengan kehidupannya selain mahu memberi fokus dalam membesarkan anak-anak dan kerjaya seninya.

Sari Yanti Selesa Solo, Belum Sedia Cari Pengganti

“Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula.

“Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti,” katanya kepada sebuah portal akhbar.

Pelakon kecil molek ini berkahwin pada Januari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Barr Al Aliy, 6 dan Dasit Al Haq, 4.

Sari Yanti Selesa Solo, Belum Sedia Cari Pengganti


Namun aktres berusia 32 tahun ini tidak menafikan terbitnya perasaan sunyi apabila bergelar seorang janda dan pernah terfikir untuk kembali merasai alam rumah tangga. Bagaimanapun dia menyerahkan perkara itu kepada jodoh dan ketentuan Allah.

“Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai.

“Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti.

“Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sari Yanti bakal muncul dalam sebuah drama Lip Lap Raya bergandingan dengan Daler Yusof terbitan Nafalia Corporation Sdn Bhd. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori