Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gunung Anak Krakatau Meletus...

SUMATERA : Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali...

13 Kes Baharu Covid-19,...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 13 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Kerajaan Perluaskan Dana Kesihatan...

GEORGE TOWN - Kerajaan akan memperluaskan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu...

Bangkai Tikus Dalam Sos...

SUDAH acap kali kita mendengar berita penemuan binatang, serangga atau penemuan objek jijik...

Sarjan Mengaku Tidak Bersalah Minta & Terima Rasuah

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam, dua tahun lepas.

Yuslan Md Yusof, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim S. Indra Nehru selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, Yuslan, yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, didakwa meminta suapan wang tunai RM1,000 daripada Mohd Zamhuri Mohd Alit @ Mat Ali.

Ia sebagai dorongan melepaskan anak lelakinya daripada tindakan berkaitan kesalahan dadah.

Tertuduh didakwa meminta suapan itu melalui panggilan telefon di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, pada 8.30 malam, 2 Mei 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Yuslan didakwa menerima suapan wang tunai RM1,000 itu daripada Mohd Zamhuri di Restoran Naina Mohamed, Chemor pada 4.30 petang, 6 Mei 2014.


Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau minimum RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan Yuslan diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori