Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Usia 9 Tahun Berani...

SINGAPURA - Usianya baharu sekecil sembilan tahun, tapi kanak-kanak ini, Nadya Naori Ikeda, sudah...

Ibu Tunggal Tinggal Bawah...

TELUK INTAN - Kisah seorang ibu tunggal yang tinggal bawah rumah sejak hampir...

Lagi Kes Budak Sekolah...

Nak ikutkan cara betul mendidik kalau budak-budak buat perangai tak bolehlah kita yang...

RUU Pemecatan Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 dan...

“Saya Akan Berhenti Menulis Jika MOF Muflis 11 Julai Ini”

KETUA Pemakan Dedak Pakatun, Outsyed The Box yang sering memadamkan tulisannya selepas sehari dua ia dimuat naik kerana takut disaman fitnah, baharu sahaja menulis satu artikel kononnya Kementerian Kewangan akan muflis oleh sebuah mahkamah di London pada 11 Julai ini (Raya ke-5).

Pendapat ini tentunya dikongsi pentaksub Tun seperti rakan Facebook saya, Mohd Hanizam Yunus yang turut menerima perkongsian yang banyak.

Namun tentunya, semua ditulis mereka adalah penipuan ekoran tidak dapat menerima kekalahan pada Pilihanraya Kecil baru-baru ini.

Pertama, ia adalah berkaitan dengan permohonan penimbangtara yang dibuat oleh Aabar terhadap 1MDB bagi memutuskan sama ada terdapat kesalahan atau sebaliknya di Mahkamah Penimbangtara Antarabangsa London (LCIA).

LCIA bukanlah sebuah mahkamah sebenar tetapi sebuah syarikat tanpa keuntungan yang digunakan perkhidmatannya bagi menyelesaikan pertikaian, lazimnya antara syarikat di negara berbeza atau antara negara itu sendiri.

www.lcia.org/Frequently_Asked_Questions.aspx#_Court

LCIA tidak mempunyai kuasa dan keputusannya adalah tidak terikat dan mahkamah tidak boleh menguatkuasakan keputusan yang dibuat.

Jadi bagaimana LCIA mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Kementerian Kewangan sebagai muflis?

Ini bukanlah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang tidak akan mendengar pertikaian perniagaan. Tetapi Pakatuns ini menipu dengan mengelirukan orang dengan LCIA ini.

Yang kedua, ia adalah USD6.5 bilion atau RM26 bilion. Hutang kini kerajaan dan KDNK adalah lebih besar daripada itu. Ia hanya 2.6 peratus daripada KDNK, maka bagaimana Kementerian Kewangan boleh diisytihar muflis?

Satu lagi untuk melihat isu ini ialah contohnya jika pendapatan anda adalah RM100,000 setahun, adalah logik jika anda diisytihar muflis terhadap pertikaian melibatkan RM2,600?

Yang ketiga, 11 Julai adalah tarikh bagi 1MDB mengemukakan jawapan. Ia bukanlah tarikh keputusan. Timbangtara boleh memakan masa bertahun dan 1MDB yakin mempunyai kes yang berpihak kepadanya, sebab itu mereka enggan membayar faedah ke atas bon yang membawa kes ini kepada penimbangtara biarpun syarikat strategik itu mempunyai wang untuk berbuat demikian.

Maka, bagaimana tarikh 11 Julai ini kononnya menjadi tarikh Kementerian Kewangan diisytihar muflis walhal ia adalah tarikh bagi jawapan sebelum kes itu didengar, yang mungkin mengambil masa bertahun?

Yang keempat, jumlah RM26 bilion atau USD6.5 bilion ini adalah:


  • 5 bilion (bon yang dipertikaikan, yang sudahpun menjadi sebahagian daripada jumlah RM42 bilion; atau RM55 bilion yang gemar digunakan PakaTun.
  • 5 bilion adalah bagi faedah hadapan bon terbabit.
  • USD500 juta adalah baki kepada opsyen Aabar di mana 1MDB menyatakan ia sudah dibayar tetapi IPIC enggan mengakuinya.
  • USD1 bilion, adalah pulangan kepada wang yang sudah dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada Jun tahun lalu.

Untuk itu, jumlah di atas bukanlah baharu dan dengan pertikaian ini, 1MDB tidak perlu menyerahkan aset kewangannya untuk dipindahmilik dengan IPIC yang kemudiannya dilupuskan atau dituntut kemudian.

Sekali lagi, amat jelas sekali penipuan PakaTun berterusan untuk mengambil kesempatan di atas kejahilan pengikut mereka melalui propaganda dan pembohongan seumpama ini, biarpun mengetahui majoriti rakyat Malaysia sudahpun menolak dongeng mereka pada Pilihanraya Sarawak dan dua pilihanraya kecil baru-baru ini.

Saya amat yakin Arul Kanda, Kementerian Kewangan dan 1MDB tahu apa yang mereka lakukan dan akan menyelesaikan kekusutan ini tidak lama lagi.

Tetapi amat jelas motif PakaTun ialah memuatnaik status seumpama itu dan menyebarkan pembohongan untuk musim Raya ini dengan mengharapkan mereka akan bergosip mengenainya di kampong sambil memakan lemang!

Sambil itu, saya mencabar Hanizam, OutSyed dan saki baki Pakatun:

Jika Kementerian Kewangan tidak diisytihar muflis pada 11 Julai 2016 mahupun 11 Ogos 2016, mereka perlu memohon maaf secara terbuka akan fitnah dilakukan mereka ketika Ramadhan dan berhenti menulis selama-lamanya.

Sebaliknya, jika Kementerian Kewangan benar-benar diisytihar muflis pada salah satu tarikh itu, saya akan mendedahkan identiti sebenar saya, membuat permohonan maaf secara terbuka dan tunduk kepada mereka serta berhenti menulis selama-lamanya.

Janji? – MYNEWSHUB.CC

lol2

Sumber: Mynation, Lim Sian See

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori