Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tak Perlu Faham Tony:...

TAIKUN penerbangan dan pemilik kelab Queen Park Rangers, Tan Sri Tony Fernandez melahirkan...

Program Intergrasi Komuniti Diperkasakan...

PUTRAJAYA - Program Integrasi Komuniti yang diadakan pada setiap sesi persidangan Parlimen akan...

Orang Nombor 2 Petronas...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Datuk...

Kes Dana PTPK: Riot...

PUTRAJAYA — Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot hari ini memberi keterangan...

Saya Harap Nizar Bertaubat – Ahmad Zahid

KUALA KANGSAR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertaubat apabila menggunakan nama ‘Allah’ dalam membuat pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO itu berkata Mohammad Nizar sepatutnya berubah dan bermuhasabah diri kepada Allah apabila tidak lagi menjadi menteri besar.

“Saya tidak terkejut dengan perkataan (yang keluar) dari mulut beliau kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang dipetik dalam media sosial yang berkata; “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar.”

“Saya harap mudah-mudahan taubat beliau diterima Allah,” kata Ahmad Zahid bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak yang diungkapkan semasa berceramah di Kampung Sayong Lembah, di sini semalam.

Ketika berucap pada ceramah itu, Mohammad Nizar berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, Allah memilih supaya pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar.

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.

“Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi),” katanya dipetik berkata menerusi laporan sebuah media sosial.


Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh berkata beliau tidak akan melatah terhadap setiap perkataan yang dikeluarkan Mohammad Nizar itu.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas. Pengundian pada 18 Jun.

Seramai 32,949 orang layak mengundi pada PRK Kuala Kangsar mengikut daftar pemilih SPR sehingga 7 Mei lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori