SEBELUM ini, Hafidz Roshdi pernah ‘berperang’ dengan Uqasha Senrose kerana aktres itu memerli isterinya (semasa bergelar tunang) agar menyimpan Hafidz dalam almari jika terlalu cemburu melihat lakonan dengannya.
Walau bagaimanapun, menurut Hafidz Roshdi, isterinya tidak pernah meletakkan sebarang syarat di dalam kerjayanya dan sentiasa memberikan sokongan.
“Saya sahaja yang tahu sikap dan perangai isteri saya. Semua tuduhan tak betul dan dia bukan seperti itu. Isteri sangat menyokong karier saya dan tidak pernah memberikan apa-apa syarat.
“Dia juga tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial jadi dia tak runsing jika terbaca kritikan orang di media sosial.
“Bagi saya jika ada adegan mesra, buat supaya tidak terlalu melampau atau over sehingga dikritik. Saya pun kalau boleh tidak mahu terlalu melakonkan adegan mesra dengan wanita lain dalam drama,” katanya kepada Mangga Online.
Hafidz mengakui sering ditanya mengenai pergaduhannya dengan Uqasha namun baginya, dia tidak mahu mengingati perkara yang sudah berlalu dan mahu membiarkan ia menjadi sesuatu yang menyumbang kearah kemajuan. – MYNEWSHUB.CC