Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakan Didakwa Cuba Jual...

KUANTAN - Tindakan seorang pengurus wanita menyerahkan kereta kepada rakannya untuk disambung bayar...

Bas Ulang-Alik Percuma Di...

PULAU PINANG - Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini melancarkan perkhidmatan bas ulang-alik...

22 NGO Bantah Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah rancangan kerajaan PAS...

Ulat Jadi Hadiah Percutian...

Guangzhou – Hadiah yang pasti tidak akan dilupakan, iaitu ulat. Ia menjadi mimpi...

Seat Kosong Banyak.. Atas Riba Juga Dia Nak Duduk!

TINDAKAN sepasang kekasih bercengkerama di dalam sebuah gerabak kereta api mengundang rasa tidak selesa pengguna MRT Singapura, dalam satu kejadian Ahad lalu.

Pengikut laman web Stomp (Stomper) dikenali sebagai Kyle yang berkongsikan gambar pasangan tersebut berkata, seorang gadis berbaju putih memilih untuk duduk di atas riba teman lelakinya walaupun terdapat banyak tempat duduk kosong bersebelahan mereka dalam gerabak berkenaan.

Pasangan Kekasih 'Sweet' Tak Bertempat, Undang Rasa Tidak Selesa

Menurut Kyle, seperti mana dirinya yang terkejut melihat ‘pemandangan’ sebegitu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam gerabak, dia pasti penumpang lain turut mempunyai reaksi yang sama.

Tambahnya, pasangan itu tidak harus terlalu terbuka menayang ‘rasa cinta’ masing-masing di hadapan khalayak ramai sehingga mengundang rasa tidak selesa dan jelik pengguna MRT lain.

Seorang netizen Jason Tan  turut memberi komen sarkastik, “Because doing it at secluded area is too mainstream?”


Inilah antara ragam orang yang sedang hangat bercinta, mereka tidak kisah sama ada perlakuan itu diterima masyarakat atau tidak.

Bagi mereka setiap tindak tanduk yang dilakukan begitu mengasyikkan sedangkan orang sekeliling terpaksa menahan muntah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori