Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

7 Amalan Kesihatan Paling...

Makan makanan berkhasiat, tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dan bersenam 30 minit sehari:...

Serangan Israel Perbuatan Biadap,...

PUTRAJAYA - Malaysia menyifatkan serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza semalam yang...

KKMM Akan Pastikan Menara...

KEMAMAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memastikan semua menara komunikasi...

Ayam Berkaki Unik Jadi...

BAKA ayam unik yang dikenali sebagai ayam Dong Tao menjadi santapan eksklusif di...

‘Sedih’ Imej Sendiri, Pasar Raya Buang Semua Cermin

BEBERAPA gedung membeli-belah di Britain mengambil langkah drastik iaitu menanggalkan semua cermin di dalam bilik persalinan mereka selepas laporan hasil sebuah kajian mendedahkan bahawa cermin membuatkan pembeli berasa lebih tertekan akan bentuk badan mereka.

Menurut hasil tinjauan, hampir 71 peratus wanita British tidak jadi membeli pakaian yang dicuba di hadapan cermin bilik persalinan.

Lebih daripada separuh atau 52 peratus golongan wanita mengatakan mereka berasa sedih selepas melihat imej mereka sendiri pada cermin.

Seterusnya, tinjauan itu turut merumuskan bahawa hanya 22 peratus kaum wanita membenarkan teman rapat atau ahli keluarga mereka untuk lihat mereka memperagakan pakaian yang dicuba.

Salah sebuah pusat membeli-belah terkenal di negara itu, Hammerson, telah menggunakan inisiatif menurunkan cermin daripada beberapa cawangannya di Birmingham Bullring, Bristol Cabot Circus dan Croydon Centrale bagi membantu menaikkan keyakinan diri pembeli wanita.

“Salah satu sebab mengapa pengunjung selalu membeli-belah di Hammerson adalah untuk membeli pakaian, sama ada untuk menambah koleksi ataupun untuk meraikan hari istimewa,” kata pengurus pasaran serantaunya Alex Thomas.

“Kami mahu memastikan keselesaan semua dan yakin mencuba pakaian yang dijual di sini, sebab itulah kami cuba untuk ‘mengharamkan’ cermin di bilik-bilik persalinan.”


“Hammerson berharap agar kaum wanita akan mencuba sesuatu pakaian yang membuatkan mereka berasa cantik dan glamor. Kami juga berharap agar cara ini akan berjaya supaya kami boleh aplikasikannya di cawangan-cawangan lain menjelang musim panas nanti.”

Tinjauan Hammerson turut mendapati bahawa kaum wanita lebih mempercayai pendapat pembantu kedai atau rakan-rakan mereka dalam memilih busana yang sesuai dengan mereka daripada apa yang dilihat pada cermin. - MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori