Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Usahawan Raikan Pesta Iklan...

RATUSAN Produk Bumiputera yang selama ini gagal mendapat tempat di TV bakal muncul...

Mahathir Dengar Tapi Tidak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar mengenai...

Remaja Lemas Terjatuh Ke...

SETIU - Seorang remaja perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

Seksa Penjara, Ameng Habiskan Masa Dalami Islam

MENJALANI hukuman selama beberapa tahun di dalam penjara bukanlah perkara yang mudah untuk dilupakan waima oleh artis terkenal sekali pun.

Bagi selebriti yang pernah menjadi banduan, Ameng, tahun pertama di dalam penjara merupakan pengalaman pahit yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Ameng akui mengalami kemurungan yang teruk sepanjang tahun pertama di dalam penjara akibat kesalahan dadah tetapi semangatnya mula kembali apabila dia membuat keputusan untuk mendalami Islam.

“Saya tidak berdaya nak senyum dan hampir setiap masa saya hanya mengalirkan air mata. Ketika solat menangis, ketika nak makan juga saya menangis.

“Tak ada kawan untuk saya bercakap dan mengadu, itu menyebabkan saya hilang keyakinan diri. Ketika itu saya sudah membayangkan diri akan jadi gila dengan keadaan yang sebegitu di penjara.

“Saya kebetulan bertemu seorang banduan yang pandai mengaji dan meminta dia mengajar saya setiap hari sehingga akhirnya saya khatam Al-Quran dalam tempoh empat bulan.


“Dalam tempoh itu saya juga boleh mengajar orang lain mengaji,” katanya kepada Projek MMO.

Pada April 2011, Ameng telah dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara serta 10 sebatan kerana tiga kesalahan, dua daripadanya kerana memiliki dadah.

Walau bagaimanapun, dia dibebaskan pada 14 Jun lalu kerana berkelakuan baik sepanjang tempoh berada di dalam penjara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori