BARU-baru ini terdapat dakwaan yang mengatakan suami Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan diganggu rakan artis wanita yang lain.
Walau bagaimanapun, Liyana yang mengakui terkejut dengan berita tersebut telah menafikan perkara itu.
“Saya sebenarnya terkejut dengan khabar itu dan pelik macam mana cerita ini boleh timbul. Ia dakwaan palsu dan tidak pernah berlaku perkara seperti itu.
“Kalau nak tahu, jika keluar bersama Lisa Surihani, Intan Ladiyana dan Fazura, saya dan suami akan pergi bersama-sama.
“Tak mungkin mereka berkelakuan bagitu. Lagipun saya dan suami sentiasa bersama. Saya rasa cukup setakat ini sahaja berkongsi kisah peribadi kami,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini Liyana pernah meluahkan perasaan kurang senangnya terhadap penduduk di Sabah kerana mendakwa masyarakat negeri itu sanggup menyerbu suaminya untuk bergambar walaupun tanpa kehadirannya. -MYNEWSHUB.CC