Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Live Tweet, Jiran...

PASTINYA menjengkelkan sekiranya kita berhadapan situasi di mana kita terpaksa mendengar rintihan dan...

Nelayan P.Pinang Jadi Mangsa...

GEORGE TOWN - Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam...

Rasulullah Tahu Kedatangan Umatnya

BILA tiba di Masjidil Haram, jangan malas. Beribadah dan berzikirlah sebanyak mungkin. Itu pesanan...

POCA: Datuk Seri, 2...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar ā€˜Datuk Seriā€™ bersama dua anggota polis memfailkan...

Sepotong Ayat Al-Quran Ganti Upah Gunting Rambut

PROMOSI unik ditawarkan sebuah kedai gunting rambut di Indonesia apabila mengenakan bacaan al-Quran sebagai bayaran atas khidmat yang dilakukan.

Raihan Barbershop yang terletak di Jawa Barat, tampil dengan inisiatif itu sepanjang Ramadan kerana pemiliknya ingin menjalankan amal jariah di bulan suci ini.

Sepotong Ayat Al-Quran Sebagai Ganti Upah Gunting Rambut

Pemiliknya Asep Irawan Hidayat, 42, berkata, membaca al-Quran pada awal pagi dapat melancarkan rezeki dan juga menambah pahala, selain memberikan keberkatan pada premis perniagaannya itu.

“Membaca al-Quran pada pagi hari insya-Allah dapat memperlancar rezeki dan juga menambah pahala,” katanya.

Namun, promosi yang ditawarkan itu dihadkan waktunya, hanya bermula dari jam 7 pagi hingga 9 pagi sahaja. Tambah Asep, dia tidak mahu memaksa pelanggan supaya mengaji al-Quran dan yang penting baginya ialah keikhlasan pelanggannya membaca ayat suci itu.

“Ini kan bulan yang baik, jadi saya ingin bersedekah dan mencari pahala juga,” ujarnya.


Jelasnya lagi, dia tetap menerima ‘bayarannya’ itu walaupun pelanggan hanya mampu membaca sepotong ayat suci al-Quran.

Sepotong Ayat Al-Quran Sebagai Ganti Upah Gunting Rambut

Seorang pelanggan setia Asep iaitu Tendi mengambil peluang itu untuk mencuba promosi yang ditawarkan dengan membaca surah yang pendek.

“Biasanya dibayar guna wang tapi hari ini mengaji. Unik juga,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori