Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Plat F1 Harga RM836K...

PLAT nombor cantik F1 yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah...

Kekalkan Seksyen 3 &...

KUALA LUMPUR - Sekiranya Akta Hasutan 1948 dipinda, ia mestilah mengekalkan Seksyen 3...

PTPTN Umum Kadar Dividen...

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim...

Dugaan.. Hamil 5 Bulan,...

SUDAH jatuh ditimpa tangga.. itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan dugaan yang sedang melanda penyanyi...

Serangan Di Istanbul Tindakan Amat Dikesali

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul semalam amatlah dikesali dan harus dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan dari Turki, keganasan itu mengorbankan 41 orang dan lebih 230 orang lagi cedera.

Ketika mengutuk serangan itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia terkejut dan sedih setiap kali negara-negara sahabat dan wilayahnya diserang oleh pengganas.

“Kami merakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan juga kepada kerajaan Turki yang cintakan keamanan kerana menghadapi ujian semasa bulan Ramadan yang mulia ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa usaha memerangi keganasan tidak akan terhenti malah akan diteruskan.


“Marilah kita semua teguh dan bersatu-padu dalam memerangi keganasan, sama ada di negara sendiri atau di tempat lain. Kita tidak akan berhenti sehingga mereka ditumpaskan sepenuhnya,” katanya.

Tiga penyerang bunuh diri dilaporkan melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di bangunan lapangan terbang pada lewat Selasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori