Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gempar! Mayat Remaja Ditemui...

SEKUMPULAN penduduk kampung yang tinggal berdekatan Charuk Temingat, Padang Terap gempar dengan penemuan...

Tunggakan Cukai RM45 Juta:...

KENINGAU – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah mengenakan sekatan perjalanan kepada 505...

Wartawan TV AlHijrah &...

SEJAK 1991, Somalia bergolak akibat perang saudara. Ia berlarutan hingga kini dengan kewujudan...

Kemudahan Terbaik Buat Mangsa...

KUCHING - Kerajaan negeri akan memastikan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan...

Shahrol Azral Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes 1MDB

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bagi membantu siasatan berhubung 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang ‘tempoh masa’ bila Shahrol Azral akan dipanggil.

“PDRM akan panggil dia (Shahrol Azral) untuk diambil keterangan dan kami masih belum memanggil dia lagi, seperti mana saya katakan sebelum ini ia memerlukan banyak masa untuk menyemak dengan terperinci laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Saya tidak mahu pasukan siasatan saya terkejar-kejar membuat siasatan itu (1MDB) dan mereka (pasukan penyiasat) akan memeriksa kesemua dokumen berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM Berhad ke-81, di sini, hari ini.


Pada April lepas, PAC membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat di Dewan Rakyat.

PAC yang dianggotai anggota Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang itu antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat Shahrol Azral dan pihak yang berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori