CAMPAK sampah dari tingkat atas bukanlah perkara luar biasa berlaku dalam kalangan penduduk rumah flat.
Malah hal ini boleh dikatakan berlaku di beberapa perumahan flat apabila ada antara penduduknya yang pemalas dan kurang berakal, tergamak mencampak sampah dari tingkap atau beranda rumah sahaja.
Bukannya tidak disediakan tong besar untuk mereka membuang sampah namun disebabkan kurangnya kesedaran sivik, inilah juga yang dilakukan mereka.
Salah seorang mangsa tabiat buruk ini, berkongsikan kisah bagaimana kereta adiknya menjadi kotor teruk selepas dijadikan ‘tong sampah’ oleh individu tidak bertanggungjawab.
Bukan setakat sampah biasa, yang jijiknya ada lampin pakai buang yang penuh tahi pun tergamak mereka campak dan buang dari tingkat atas!
Mungkin penduduk perumahan flat ini perlu kembali ke sekolah dan belajar balik subjek pelajaran moral dan sivik bagi membentuk semula sifat-sifat seorang masyarakat bertamadun agaknya! – MYNEWSHUB.CC