Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tukar Agama: Undang-Undang Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri...

Harga Minyak Mac Bakal...

LAZIMNYA menjelang akhir bulan, jentera siber propembangkang begitu aktif hebat menyebar fitnah jahat konon harga...

Guru Silat Sempat Belasah...

Seorang lelaki berusia 56 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan dikatakan terselamat dalam...

Parti Satu Kaum Tidak...

KUALA LUMPUR - Semua pihak di Malaysia perlu menerima realiti bahawa tiada satu...

Sistem Online AirAsia Tergendala 21 Hingga 22 Jun

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) membuat permohonan maaf awal kepada orang ramai berikutan sistem dalam talian (online) syarikat itu dijangka tidak akan dapat diakses selama dua hari pada 21 dan 22 Jun ini.

AirASia dalam satu kenyataan media memberitahu, sistem online syarikat itu bakal tergendala ekoran AirAsia akan menjalankan penyelenggaraan berjadual bagi sistem online syarikat penerbangan tersebut.

“Semasa penyelenggaraan dijalankan, para tetamu tidak akan dapat mendaftar masuk secara online atau mengakses fungsi Urus Tempahan Saya di laman web airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.

“Kiosk di lapangan terbang juga akan tergendala. Selain itu, tetamu juga tidak akan dapat membuat tempahan penerbangan,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X akan beroperasi seperti yang dijadualkan sepanjang tempoh penyelenggaraan sistem online.


Justeru, AirAsia meminta penumpangnya yang akan melakukan penerbangan semasa tempoh penyelenggaraan sistem online itu dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara online serta melakukan sebarang pembelian tambahan dan mencetak pas masuk mereka lebih awal.

Kata AirAsia, mereka yang ingin mendaftar masuk dan mendaftar masuk bagasi mereka di kaunter lapangan terbang digalakkan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan kerana dijangkakan tetamu terpaksa beratur panjang di kaunter.

“Bayaran daftar masuk kaunter akan dikecualikan dalam tempoh ini. Untuk sebarang pertanyaan, para tetamu boleh menghubungi kumpulan syarikat penerbangan tersebut melalui saluran khidmat pelanggan Twitter @askairasia dan Live Chat di http://www.airasia.com/my/en/live-chat.page,” kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori