Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sungai Rambai Diisytihar Daerah...

JASIN – Sungai Rambai bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila diisytiharkan sebagai daerah kecil...

Penolong Pengarah JPN Maut...

KOTA BHARU - Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan maut akibat diseret sejauh...

Gaya Lucu, Santai Antara...

TIDAK perlu menjadi artis jika mahu glamor, cukup dengan keunikan sudah tentu dapat...

UNHCR Gesa Sokongan Berterusan...

DHAKA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menggesa sokongan berterusan antarabangsa...

Hazama Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Kahwin

BERITA penyanyi dan pelakon Hazama bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi bukanlah satu rahsia.

Walau bagaimanapun pelantun lagu Penglipur Lara ini membetulkan kenyataannya kepada media, bahawa majlis kahwinnya tidak dilangsungkan pada musim raya.

7-Hazama-Akui-Keinginan-Kahwin-Membuak-Buak-ROTIKAYA-700x420

Pun begitu Hazama yang memilih Genervie Kam sebagai suri hatinya memberitahu, majlis perkahwinannya kelak akan berlangsung secara sederhana kerana mereka tidak mahu membazir.

“Sebenarnya belum ada lagi kata putus tarikh dan lokasi yang sesuai. Bagaimanapun, pihak keluarga kami ada berbincang mengenai hal itu.

“Yang pasti kami akan langsungkan secara sederhana kerana tidak mahu membazir. Bagi saya lebih baik dahulukan yang wajib dan dihadiri kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.

“Jadi, tentang kahwin ini saya dan pasangan akan fikirkan selepas hari raya. Kalau diikutkan di media sosial sudah tersebar luas menyatakan saya akan berkahwin lepas raya. Tidak begitu, yang sebenarnya kami akan fikirkan selepas hari raya.


“Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana menulis macam itu, kami anggap ia sebagai positif dan harap ia termakbul,” jelas Hazama kepada Astro Gempak.

Hazama menambah, Genervie tiada masalah untuk berpuasa kerana pernah merasai pengalaman berpuasa sebelum ini.

Kisah percintaan Hazama dan Genervie yang merupakan ahli muzik mendapat perhatian ramai kerana perbezaan agama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori