Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih Baik BR1M Daripada...

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1...

Sikap Tidak Ambil Tahu...

KUALA LUMPUR - Sikap tidak mengendahkan maklumat sahih berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Tanah Lapangan Terbang: SPRM...

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam kenyataan tiga saksi berhubung...

UMNO Akan Pertahan Semua...

SHAH ALAM – UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)...

SPRM Tahan Seorang Bekas Anggota Parlimen Di Selangor

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen (MP) di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah di sini petang semalam.

Sumber SPRM berkata lelaki itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang diterima daripada seorang kontraktor.

Bekas wakil rakyat itu dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang kontraktor bagi membolehkan syarikat berkenaan mendapat tender membaik pulih kemudahan awam, menurut sumber berkenaan.

“Penahanan itu dilakukan selepas SPRM melakukan intipan selama empat bulan. Sebelum ini pihak kami sudah menerima beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya,” kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan penahanan bekas MP itu di sekitar Shah Alam.


“Saya tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana siasatan masih dilakukan. Bekas MP itu berada dalam tahanan SPRM Selangor bagi tujuan (siasatan) itu,” katanya.

Bekas anggota Parlimen itu dibebaskan SPRM pada kira-kira pukul 3 petang ini setelah selesai memberi keterangan.

Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori