Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Slovenia Bertempur Dengan...

Harmica (Croatia) - Polis Slovenia melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan beratus-ratus pelarian...

Berisiko Biarkan Omicron Jadi...

KUALA LUMPUR: Pandangan yang menganggap Omicron mampu menjadi 'vaksin semula jadi' untuk melawan...

Perkongsian Pemuda Ini Akan...

"ANAK ibarat kain putih, ibu bapa yang akan mencorakkan." Ungkapan ini sebenarnya menekankan...

Orang Sibuk Bantu Mangsa...

LANGSUNG tidak berperikemanusiaan.Sedang sibuk orang ramai bersimpati nasib malang dan membantu mangsa-mangsa banjir,...

Stacy Upah Ustazah Datang Rumah Ajar Mengaji Al-Quran

BERPUASA buat kali pertama sebagai saudara baru membuatkan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy Anam berasa amat teruja.

Untitled

Selain berpuasa, Stacy, 26, juga mengakui dia kini sedang berusaha belajar membaca Al-Quran.

Menurut pelantun Not For Sale ini, dia juga mengupah seorang ustazah bagi memudahkan dia dan anak angkatnya, Bella mempelajari Al-Quran.

“Selama ini, Akim banyak mengajar saya di rumah. Dia okey cuma apa saya lakukan ini atas inisiatif sendiri. Dalam seminggu, tiga atau empat kali ustazah datang ke rumah. Pada masa sama anak saya Bella juga boleh belajar mengaji.

“Justeru, sepanjang Ramadan ini saya ambil keputusan mengurangkan aktiviti seni. Kalau ada pun sekadar memenuhi jemputan majlis berbuka puasa. Bukan apa, selaku saudara baru perlu lebih banyak belajar mengenai Islam.


“Walaupun tidak terus pandai, sekurang-kurangnya saya belajar sedikit demi sedikit. Dalam perkara ini, Bella juga teruja untuk turut serta,” katanya kepada Harian Metro.

anak stacy

Stacy memberitahu, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk berpuasa pada tahun ini. Dia mengakui amat berterima kasih kepada suaminya, Akim yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantunya mendalami Islam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori