Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk...

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian...

Trump Hubungi Raja Salman,...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja...

Amaran Hujan Berterusan Tahap...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi...

Abam Polis Selamatkan Wanita...

TINDAKAN pantas seorang lelaki menyelamatkan wanita yang cuba bunuh diri di Jambatan Sultan...

Suami Hilang ‘Selera’, Mak Cik Ini Nekad Untuk…..

JIKA sebelum ini viral video seorang wanita dikenali sebagai Bella yang mengadu secara terbuka tentang losyen kurus yang dipakai konon tidak memberi efek panas seperti dijanjikan pengeluar.

Kini tiba pula giliran seorang mak cik untuk membuat testimonial mengenai perkara yang lebih kurang sama.

Menerusi video berdurasi 2 minit 54 saat itu, wanita berusia pertengahan umur itu ‘mengadu’ bahawa satu produk yang digunakannya sebelum ini tidak mendatangkan kesan seperti yang diharapkan.

Malah dia mendakwa konon produk tersebut juga tidak mampu untuk menaikkan ghairah suaminya sebagaimana dipromosikan oleh syarikat pengeluarnya.

Jelasnya, sepanjang seminggu menggunakan produk tersebut, bukan sahaja nafsu suaminya masih dingin malah dia turut megalami kesan sampingan seperti suara serak, kulit kusam dan berat badan meningkat.

“Suami saya komplen, ‘badan sayang sejuk, tidak ada khairah (ghairah), dan tidak ada kemesraan, nak ‘beromen’ pun tak ada mood,” katanya.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila cara wanita ini bercerita dengan berpenampilan ekstravaganza lengkap bersolek tebal dan menyarung persalinan berwarna garang.

Apa yang menampakan dirinya lebih murah ialah ada lelaki yang menyahut semua ayat-ayat lucah yang keluar dari mulutnya dalam video berkenaan.


Bagaimanapun, menurutnya, segala permasalahannya berjaya dirungkai setelah menemui satu produk dikenali sebagai Jus Khazanah yang telah merobah hidup dirinya sehingga tampil cantik dan menggoda.

Video tersebut viral di laman sosial dan menerima lebih 29,000 penonton sejak dimuat naik semalam. Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan memberikan komen negatif terhadap mak cik tersebut.

Salah seorang netizen, Blade Mrk berkata: “Kau cerita macam umur kau 17 tahun pulak, nak ketat sepanjang masa… sedar diri laa makcik oii… jangan nak buat publisiti murahan sangat….”

Jika anda nak tahu kesudahan cerita mak cik tersebut. Di sini Mynewshub sertakan videonya. Selamat menonton! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori