Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Awal Ashaari Bengang Dituduh...

HOS Awal Ashaari baru-baru ini ditegur pengikut laman Instagramnya yang mendakwa selebriti popular...

Rahman Dahlan – Guan...

KUALA LUMPUR - Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul...

Singapura Import Ayam Dari...

SINGAPURA - Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku,...

Sukan Komanwel, Sukan Asia...

NILAI - Juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang mengesahkan beliau akan memberi keutamaan...

Suami Mangsa Cerita Detik Kemalangan 16 Kenderaan

KEMALANGAN membabitkan 16 kenderaan yang meragut nyawa seorang ibu dan anak di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Tanjung Malim, Perak telah mengundang simpati ramai.

Ianya berikutan video memaparkan keadaan mayat mangsa Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan Hanna Umaira Mohd Hasnun, 17 bulan yang berlumuran darah tersebar menjadi viral di media sosial.

BACA: 2 Maut Dalam Kemalangan Babitkan 16 Kenderaan

Suami Mangsa Cerita Detik Kemalangan 16 Kenderaan

Suami Mangsa Cerita Detik Kemalangan 16 Kenderaan

Menceritakan kembali detik-detik sedih, suami kepada mangsa, Mohd Hasnun Ramli, 29, memberitahu mereka ketika itu dalam perjalana menuju ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.

“Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak.

“Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran manakala anak dan isteri saya sedang tidur apabila tiba-tiba sesuatu merempuh kenderaan dari belakang.

“Keadaan berlaku dengan pantas, badan saya terhentak ke stereng kereta namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.


“Saya ingat setiap detik. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran darah dan tidak lagi bernyawa. Saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap. ALLAH sahaja yang tahu perasaan ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hasnun menyifatkan arwah isterinya sebagai wanita yang amat sempurna baginya.

“Pada saya arwah seorang isteri yang amat sempurna, dia terbaik buat saya namun ketentuan ALLAH melebihi segalanya saya redha dengan apa yang berlaku ini,” ujarnya.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa pulang ke Kampung Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Darat kira-kira jam 11.30 malam semalam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori