Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kemiskinan, Diabaikan Punca Remaja...

KUALA LUMPUR - Mereka miskin, ibu bapa mereka telah bercerai, dan seorang anak...

TUDM Sedia Gerak Aset...

KUANTAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersediamenghadapi sebarang kemungkinan termasuk meningkatkan penggunaan...

Serangan Di Pusat Beli...

China – Serangan ke atas sebuah pusat beli belah di bandar Yan’an mengejutkan...

Nafi Sumpah Anak Ifa,...

TULAR menerusi media sosial baru-baru ini mengenai selebriti, Ifa Raziah yang tidak dapat...

Sultan Perak Titah Solat Tarawih 20 Rakaat

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan setiap masjid di seluruh negeri mengadakan solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang Ramadan tahun ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr Amiruddin Muhamed berkata titah itu dikeluarkan untuk memenuhi keperluan kariah di kawasan masing-masing yang ingin melaksanakan solat Tarawih 20 rakaat.

“Para makmum yang berhasrat menunaikan solat sunat Tarawih kurang daripada 20 rakaat, boleh berbuat demikian mengikut pilihan masing-masing.

“Tetapi setiap masjid diwajibkan memenuhi tanggungjawab untuk menyediakan imam dan bilal bagi memimpin solat sunat itu sehingga genap 20 rakaat, setiap malam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Amiruddin, Sultan Nazrin turut bertitah agar solat sunat Tarawih diutamakan dan ditunaikan sebaik selesai solat sunat Rawatib (mengiringi solat Isyak).


“Oleh itu, kegiatan tazkirah di waktu antara solat sunat Rawatib dan antara rakaat-rakaat semasa solat sunat Tarawih adalah dilarang,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori