Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tak Jadi Cerita Jika...

JIKA sebelum ini heboh mengenai filem terbaharu terbitan Les's Copaque Production dan KRU,...

Rakyat Kini Kembali Nikmati...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV di beberapa negeri iaitu Kelantan,...

Cicit Onn Jaafar Antara...

CICIT kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz...

Suspek Utama Kes Bunuh...

JOHOR BAHRU - Polis menjangka proses reman terhadap seorang lelaki yang didakwa sebagai...

Sultan Selangor Titah Rakyat Patuhi Enakmen Elak Darjah Palsu

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua pihak terutama rakyat negeri itu mematuhi Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) (Pindaan) 2016 yang diluluskan oleh kerajaan Selangor pada 1 April lalu.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Selangor menitahkan rakyat negeri itu menghindari segala larangan yang termaktub dalam ekakmen tersebut bagi mengelak tindakan denda yang lebih berat atau penjara atau kedua-dua sekali yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.

“Baginda juga mahukan rakyat mematuhi setiap undang-undang di negara ini untuk mengelakkan permasalahan agar masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan dari Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Media pada 1 April lalu melaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan pindaan terhadap Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 yang antara lain menambah hukuman denda RM100,000 hingga RM200,000 termasuk penjara tiga tahun ke atas mana-mana pihak yang memberi, menjual dan memakai darjah kebesaran yang tidak diiktiraf istana negeri ini

Hanafisah berkata, baginda bertitah demikin selepas mempengeruskan sidang Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor Ke143 pada 30 Mei lalu.


Beliau seterusnya berkata, Sultan Sharafuddin merakamkan kepada seluruh masyarakat Islam ucapan selamat menunaikan ibadah berpuasa di sepanjang bulan Ramadan ini.

“Baginda juga berharap rakyat dapat menjalani ibadah puasa dengna tabah agar segala amal ibadah yang dikerjakan diberkati dan diterima oleh Allah S.W.T,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori