Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa, Guru Perlu...

SEREMBAN - Ibu bapa dan guru perlu peka dengan setiap perubahan tingkah laku...

Najib Hadiri Upacara Angkat...

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai kalangan...

Zaharah, Wanita Kedua Dilantik...

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar...

Pondan Didakwa Rogol Gadis,...

SEORANG pondan telah dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa cuba merogol seorang remaja perempuan...

Survival RUU 355 Tanggungjawab MP Islam

135 Ahli Parlimen Islam pelbagai parti dalam kerajaan dan pembangkang menjadi fokus mulai sekarang hingga Persidangan Dewan Rakyat Oktober nanti.

15 juta umat Islam akan melihat peranan dan sikap mereka dalam menangani dan menyantuni isu ini, sama ada Rang Undang-Undang Pindaan 355 Akta Mahkamah Syariah yang akan dibahaskan kelak akan berjaya diluluskan atau pun tewas dalam proses undi di parlimen.

RUU 355 hanya memerlukan 112 undi untuk diluluskan dan seterusnya menjadi pembuka jalan kepada sembilan Dewan Undangan Negeri untuk berbahas sebelum pindaan hukuman dibuat. Ini kerana Mahkamah Syariah adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Usul ini secara ilmiah sangat jelas: RUU 355 tidak melaksanakan Enekmen Hudud kerana bil yang dibentangkan hanya merangkumi tambahan jumlah denda, tempoh penjara dan jumlah sebatan. Enekmen Hudud memerlukan lebih banyak pindaan di peringkat Parlimen sebelum boleh dilaksanakan. Ini kerana realiti kuasa Mahkamah Syariah dalam konteks RUU 355 tidak boleh melampaui bidang kuasa pendakwaan kes-kes jenayah yang sudah termaktub dalam perlembagaan sebagai bidang kuasa mutlak Mahkamah Sivil.

RUU 355 tiada kaitan dengan menambah kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes-kes curi atau samun, kes rogol mahu pun kes bunuh. Sekali pun RUU 355 diluluskan dengan undi solid 222 sokongan, ia tetap hanya merangkumi isu zina dan khalwat, isu fitnah zina serta isu judi dan arak.

Pemimpin politik bukan Islam sama ada komponen Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) sudah lebih awal melenting. Sengaja cuba memesongkan RUU 355 sebagai Enekmen Hudud atau paling tidak berniat menimbulkan kekeliruan dengan memberi persepsi bahawa RUU 355 ialah pintu belakang menuju hudud.

Agak menjengkelkan apabila RUU 355 diheret pemimpin bukan Islam sebagai hudud atau berbau hudud. Mereka secara sengaja dengan niat jahat cuba menimbulkan kegusaran awam dengan memesongkan isi utama RUU 355 yang sebenarnya hanya bersifat menambah jumlah hukuman sedia ada, sejajar dengan perubahan sosio-ekonomi sebagai langkah mencegah umat Islam terlibat dengan perilaku moral yang bertentangan dengan akhlak Islam.

Pakej RUU 355 jelas dan nyata tiada kaitan langsung dengan memotong tangan pencuri atau membebaskan penjenayah rogol beragama Islam daripada pertuduhan di Mahkamah Sivil. Apatah lagi, niat membawa penjenayah bunuh diadili di Mahkamah Syariah.

Pemimpin politik bukan Islam tidak perlu sengaja berpura-pura naif. Jelas tindakan mereka memesongkan fakta satu perbuatan jahat yang dilakukan dengan sengaja demi meraih populariti politik dengan membakar RUU 355 dengan isu perkauman dan keagamaan.

Tidak perlulah disebut nama. Sama ada yang memimpin komponen BN atau komponen PR, semuanya sudah nampak meniupkan sentimen keresahan di kalangan kaum masing-masing supaya menentang RUU 355 atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan.

Untuk rekod, Akta Mahkamah Syariah wujud sejak 1965, lapan tahun lepas merdeka. Digazet setelah Parlimen berbahas dan meluluskannya. Malah pada 1984, dibahas sekali lagi dan diluluskan usul meminda peruntukan jumlah hukuman supaya lebih relevan dengan usaha menangani gejala akhlak umat Islam.

Tidak mengapalah kalau pemimpin bukan Islam nampak terdesak untuk mencari peluang menonjolkan diri sebagai jaguh kaum dan anti Islam. Kita tidak berupaya mencerahkan minda mereka yang memilih untuk berfikir dalam gelap.

Cuma 135 MP Islam seharusnya sedar untuk tidak terjun dalam kegelapan akal bikinan pemimpin politik perkauman dan anti Islam. Gunakan peluang selama empat bulan ini untuk mempertajam fikiran dalam menghujahkan realiti RUU 355 ini supaya ketika berdebat di Parlimen, hujah mereka akan mencerahkan fikiran rakyat untuk memahami apa yang sebenarnya terkandung dalam pindaan RUU 355 ini.


Ahli akademik dan pengamal undang-undang boleh berhujah, malah mampu menulis buku dan jurnal untuk menjelaskannya. Namun, kerana isu ini sekarang berlegar kalut dalam kancah politik, adalah menjadi tanggungjawab MP Islam untuk melaksanakan
pencerahan secara politik.

Selain itu, menjadi tanggungjawab pemimpin Pas selaku parti yang mengusulkan secara persendirian mengenai pindaan ini supaya diperkemaskan hujah dan penjelasan supaya ia menjadi penerangan mengenai RUU 355 dan keperluan perkara ini demi menjaga kemasylahatan akhlak umat Islam.

Pemimpin Pas perlu berhenti menangguk di air keruh untuk meraih keyakinan penyokong parti mereka bahawa RUU 355 ialah proses awal Enekmen Hudud. Tindakan tidak bertanggungjawab ini mungkin memberikan manfaat politik pada Pas, tetapi pengeliruan ini merosakkan RUU 355 di mata rakyat bukan Islam.

Pas harus kembali pada kaedah fekah: Memetik buah yang tidak masak akan menyebabkan kehilangan rasa manis.

Maksudnya, mencampur-adukkan RUU 355 dan Enekmen Hudud satu pembohongan yang merugikan Islam dalam melaksanakan perubahan untuk memelihara akhlak umah melalui matlamat RUU 355 untuk menyedarkan orang Islam bahawa hukuman lebih berat sedang menanti pesalah maksiat, pemfitnah zina serta pendosa arak dan judi.

Bagi komponen BN terutama pemimpin dan MP Umno, kenalah bijak. Jangan buang masa terseret dalam perangkap emosi yang sedang dipasang pemimpin pembangkang yang mahukan perdebatan mengenai RUU 355 akan menyeret dan membogelkan pemimpin Islam sebagai rakus dan menakutkan.

Awas dengan kelicikan pembangkang yang bersifat perkauman dan anti Islam.

Tempoh empat bulan sebelum Persidangan Parlimen bersidang pada Oktober ini, ialah tempoh 120 hari yang sangat berharga bagi umat Islam. Kita mengharapkan pindaan ini diluluskan demi menguatkan lagi hukuman supaya umat Islam menjauhi zina dan maksiat.

Berkumpullah wahai MP Islam. Berbincang dan bersatulah dengan kefahaman yang sama serta berkongsi kaedah berhujah secara fakta supaya rakyat mendapat maklumat yang jelas dan cerah mengenai RUU 355. Hanyalah inilah cara untuk mengatasi penipuan para pendusta!

Bersatulah demi kebaikan Islam. Berpeganglah pada pesan ayat akhir surah Al Kafirun. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori