WOW! Memang cantik dan ‘sweet’ sekali hasil penggambaran foto membabitkan sepasang warga emas berusia 95 tahun ini.
Sempena meraikan ulang tahun ke-64 perkahwinan mereka, pasangan dari Hebei, China bergaya bak orang muda bagi menggamit semula momen-momen indah sepanjang melayari hidup bersama.
Bermacam-macam persalinan dipakai mereka untuk sesi fotografi termasuk untuk gaya kasual, formal dan tak terkecuali, berbaju sukan lengkap. Lokasi pun pelbagai termasuk di restoran, padang bola keranjang dan bilik darjah.
Tersentuh hati dengan keutuhan cinta pasangan ini, pihak perbandaran Hebei telah menayangkan beberapa keping gambar mereka di skrin di sekitar bandaraya tersebut untuk berkongsi kisah cinta indah pasangan ini dengan penduduk tempatan. – MYNEWSHUB.CC