Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

CEO, Peg. Zakat P.Pinang...

BUTTERWORTH - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang...

240 Kes HFMD Meningkat...

LABUAN - Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di pulau bebas...

Jemaah Diminta Elak Buat...

MAKKAH - Jemaah haji, terutamanya yang sudah berusia atau menghidap penyakit kronik, dinasihatkan...

Siasat 3 Anggota ATM...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan kementeriannya melakukan siasatan segera berhubung...

Syawal, Fiqa Adakan Sesi Fotografi Anak Pertama

JUARA program realiti Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa telah dikurniakan cahaya mata sulung malah mereka telah mengadakan sesi fotografi dengan bayi mereka, Sofia Azzahra.

Menurut Muhammad Syawal, sesi fotografi bersama anak mereka itu merupakan impian isterinya yang mahu merakamkan detik indah bersama-sama supaya boleh dijadikan tatapan pada masa akan datang.

“Sebenarnya Fiqa yang mahukan sesi bergambar dan bila saya melihat dia teruja dengan gambar bayi di Instagram, saya mahu membuat kejutan ini untuk menunaikan hasrat dia.

Syawal, Fiqa Adakan Sesi Fotografi Dengan Anak Pertama
Sofia Azzahra

“Fiqa gembira dan asyik tersenyum sahaja masa dia dapat tahu tentang sesi fotografi ini. Saya pun tak kisah ambil foto kenangan nanti bila anak dah besar, boleh kita tunjukkan pada dia,” jelas Syawal kepada Astro gempak.

Syawal juga menceritakan pengalaman manis yang dilalui oleh mereka bersama Sofia sepanjang sesi fotografi tersebut berlangsung.

“Masa sesi tersebut berlangsung, ada perkara lucu yang berlaku dan tak mungkin dapat saya lupakan. Saya memeluk Sofia untuk bergambar, dan tiba-tiba dia terkencing.

“Memang kelam-kabut, tapi dalam masa yang sama, kami ketawa kerana ia berlaku secara spontan. Bayi bukan boleh beri amaran kalau nak terkencing,” tambahnya.


Syawal juga turut berkongsi detik-detik manis semasa menyambut kelahiran anak perempuannya pada 16 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

Syawal, Fiqa Adakan Sesi Fotografi Dengan Anak Pertama

Syawal, Fiqa Adakan Sesi Fotografi Dengan Anak Pertama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori