Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Cabar Tun M Saman...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak...

Sharifah Shahora Maintain Badan...

SEBELUM ini, rumah tangga pelakon Sharifah Shahora pernah mengalami keretakan akibat kehadiran wanita...

Kotak Hitam Rosak, Punca...

BEIJING: Siasatan awal China terhadap nahas pesawat China Eastern Airlines 5735 yang terhempas...

Kemungkinan Gelombang Keempat Susulan...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kemungkinan...

Syed Azmi Dedah Kewujudan Grup Pedofilia Tempatan

NETIZEN di laman sosial hari ini dikejutkan dengan pendedahan sebuah kumpulan pedofilia menerusi sebuah screenshot perbualan daripada aplikasi perkhidmatan Telegram.

Aktivis sosial, Syed Azmi membongkar perkara itu di laman Facebooknya sekali gus memberi amaran tentang kewujudan kumpulan tersebut di Malaysia.

Dalam postingnya itu, Syed Azmi memapar keratan perbualan termasuk gambar seorang kanak-kanak yang dikaburkan yang diterimanya daripada seorang rakan menerusi rangkaian Telegram.

syed4

Antara mesej yang boleh dilihat di dalam keratan perbualan itu adalah komen-komen jijik dari ahli kumpulan grup yang disertai sebanyak 751 itu.

Difahamkan, Syed Azmi akui dia mempunyai semua nama dan nombor ahli dalam kumpulan tersebut dan apa yang mengejutkannya adalah berdasarkan tahun kelahiran mereka, dia mengesyaki sebahagian daripada mereka masih muda.


Dia yang pernah kontroversi dengan program ‘I want to touch a dog’  menasihatkan agar ibu bapa yang memuat naik gambar anak-anak mereka di laman sosial supaya lebih berhati-hati.

Terdahulu, seorang pedofil British berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku terbabit dalam satu siri serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Richard Huckle, 30, mengambil gambar dan video dia mendera kanak-kanak terbabit sebelum memuat naik ke sebuah laman web yang sukar diakses dalam Internet dan kerap digunakan untuk kegiatan haram.

Penyiasat menemui lebih 20,000 imej lucah dalam komputernya, selain catatan mengenai serangan yang dilakukannya serta sebuah buku panduan yang ditulisnya bertajuk “Pedofil dan Kemiskinan: Panduan Pengemar Kanak-kanak”. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori