KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.
Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).
Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.
“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.
Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.
Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.
Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.
Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA
TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan penyanyi terkenal Soo Wincci yang berjaya menamatkan pengajian PhD-nya sekaligus bergelar doktor falsafah.
Berita gembira itu didedahkan oleh Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 menerusi satu video yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya malam tadi.
Menerusi video tersebut Winci kelihatan tidak dapat mengawal emosinya dan menangis teresak-esak apabila mendapat tahu dia lulus PhD.
“Dah 6 tahun berjuang bersendirian, 6 tahun kurang tidur dan 6 tahun stress, hanya untuk title Dr ini.
“Jutaan penghargaan kepada sokongan anda dan terima kasih kepada semua fans yang menemani Wincci sepanjang 6 tahun ini. Sekarang Wincci boleh tidur puas-puas,” tulisnya.
A video posted by Soo Wincci 蘇盈之 ì˜Â지 (@soowincci) on
Pada masa sama, Wincci mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah Open Universiti Malaysia yang banyak membantunya sepanjang perjalanan bergelar pelajar.
Rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas pencapaian selebriti kesayangan mereka itu.
Malah, ada juga yang memuji bintang berpangkalan di Taiwan ini dengan menyifatkannya sebagai ‘The real clever girl’ kerana bukan sahaja cantik tetapi juga pandai.
Selain itu, Wincci juga pandai memasak dan pernah menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia. – MYNEWSHUB.CC