Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dasar Kerajaan Pastikan Negara...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Britain Dah Buka Muzium...

PENGUNJUNG kini boleh mengetahui dengan lebih dekat bau tahi binatang yang selama ini...

PBT Perlu Tubuh Unit...

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkuasa tempatan perlu menubuhkan unit audit keselamatan khas...

Dua Kanak-Kanak Hilang Perahu...

SIBU - Dua kanak-kanak hilang apabila perahu yang mereka naiki bersama empat orang...

Tahun Terakhir Nora Beraya Di Rumah Bekas Mertua?

SETIAP tahun pelakon Nora Danish pasti akan berkongsikan gambarnya menyambut Lebaran bersama keluarga bekas mertua di Instagram.

Pada setiap kali itu jugalah, namanya tidak lepas dikritik peminat yang berasakan dia tidak sepatutnya menyambut Hari Raya bersama keluarga tersebut memandangkan dia sudah pun bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada 2008.

Menyentuh hal ini Nora berkata, hatinya juga berat hendak ke sana namun tidak sanggup berpisah dengan anak tunggalnya Putra Rayqal Ramli, 7, pada setiap 1 Syawal.

“Selalunya malam raya pun orang sudah mula melemparkan pelbagai kata-kata kurang manis apabila saya memuat naik gambar bersama keluarga bekas mertua di Instagram.

“Saya tidak faham kenapa orang luar perlu bising? Sepatutnya jika dilihat pada sudut berbeza, yang peritnya ialah saya apabila terpaksa mengulangi situasi sama setiap tahun walaupun sudah tidak ada ikatan kekeluargaan.

“Saya dan keluarga bekas mertua lebih mementingkan perkara yang nyata di depan mata seperti keluarga, adik-beradik dan anak berbanding memikirkan pandangan peminat serta orang lain.

“Saya anggap sambutan Aidilfitri bersama mereka adalah satu kebaikan dan positif. Buat apa ambil peduli kata orang, bukan mereka yang membesarkan saya dan memberi kasih sayang,” katanya, memetik laporan sebuah akhbar harian.

nora1

Menurut Nora lagi, anaknya, Rayqal perlu bersama bekas mertua setiap kali raya selaku cucu pertama keluarga tersebut.

Disebabkan enggan berpisah dengan anaknya itulah Nora ‘terpaksa’ beraya bersama mereka pada setiap kali lebaran.

“Biasanya pada malam raya dan hari raya pertama, saya akan berada di kediaman keluarga bekas mertua kerana anak ada di sana.

“Saya hanya mempunyai seorang anak dan dia merupakan cucu pertama dalam keluarga bekas mertua.

nora3

“Justeru, diwajibkan setiap kali raya Rayqal perlu ada bersama datuk dan neneknya untuk berkumpul dengan semua sepupu. Jika tidak pergi bermakna saya terpaksa berpisah dengan anak pada hari raya.


“Bagi saya perkara itu sangat mustahil. Walaupun tiada lagi hubungan perkahwinan, tidak salah untuk ke sana kerana mertua ibarat ibu bapa sendiri.

“Apa yang penting niat, lainlah jika telah berkahwin kelak, sudah pasti saya akan mengutamakan suami tercinta terlebih dahulu dan rutin itu pasti berubah,” ujarnya.

Nora yang sudah lama menjalin cinta dengan Nedim Nazri dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga kali kedua selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

nora2

Namun, pasangan ini masih belum menetapkan tarikh hari bahagia mereka itu.

Nora berkata untuk majlis kali ini, dia enggan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya hanya majlis nikah secara kecil-kecilan sahaja.

“Selepas raya saya mungkin akan berkahwin, tetapi belum pasti kerana masih tidak ada tarikh muktamad. Apa yang pasti saya mahu berkahwin dalam tahun in kerana usia pun sudah 34 tahun.

“Saya hanya akan bernikah dan tidak akan mengadakan sebarang resepsi. Majlis kecil-kecilan sahaja dan tidak akan ada sidang akhbar seperti selebriti lain sebab segan sudah tua dan ini perkahwinan kedua,” katanya lagi.

Lepas kahwin dengan Nedim, Nora pastinya tahu batas-batasnya sebagai seorang isteri dan mungkin 1 Syawal tahun ini merupakan tahun terakhir dia beraya dengan keluarga bekas mertua.

Jadi, peminat semua tidak perlulah lagi mengkritik selebriti comel ini yang sering kali ditohmah suka ‘mengendeng’ dengan keluarga bekas suaminya itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori