Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Shah Iskandar Sah Bergelar...

PELAKON Shah Iskandar sah bergelar suami kepada suri hidupnya, Siti Sarah Mohd. Noor,...

Atlet Boling Padang Berusia...

IPOH - Kekecewaan yang ditunjukkan pelajar tahun lima, Akmal Darwisy Abdul Rahim menjadi...

Perlis Tegas Pendirian Larang...

ARAU - Kerajaan Negeri Perlis sekali lagi menegaskan pendirian melarang mana-mana pihak termasuk...

Rakyat Malaysia Rozanna Mat...

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam...

Tak Sempat Joli RM2 Juta Gara-Gara Video Di Facebook

SEORANG perompak dan rakannya berputih mata apabila wang rompakan berjumlah RM2,025,475 tidak sempat dijoli malah terpaksa meringkuk dalam penjara.

Menurut pegawai polis dari Pinecrest, Florida, Raderius Glenn Collins, 18, bersama seorang rakan subahatnya berjaya diberkas gara-gara memuat naik video di Facebook bersama wang rompakan. Suspek ketiga masih dalam buruan pihak polis.

Perompak Berputih Mata, Wang RM2 Juta Tak Sempat Dijoli

Jelas kelihatan wajah Collin dan rakan-rakannya bermegah-megah dengan wang rompakan, menerusi sebuah video pendek yang dimuatnaik pada 27 Mei lalu.

Wang berkenaan diperolehi Collins dan rakan-rakannya setelah merompak sebuah peti besi dari sebuah rumah di kawasan berdekatan.

Perompak Berputih Mata, Wang RM2 Juta Tak Sempat Dijoli

Mereka juga telah merompak sebuah lagi rumah pada 9 Jun dan mencuri barangan kemas bernilai RM40,509.50 dengan hanya bersenjatakan pemutar skru.


Pengarah Komunikasi Pinecrest, Michelle Hammontree berkata, video Facebook itu sekaligus membantu pihak polis mengaitkan rompakan itu dengan sebuah kedai pajak gadai, tempat di mana suspek menjual sebahagian hasil rompakan mereka berdasarkan beg plastik yang terdapat dalam video berkenaan.

“Ia adalah keputusan bodoh yang dibuat secara berkali-kali,” kata Hammontree.

Walaubagaimanapun pihak polis masih mencari suspek ketiga dan siasatan masih dijalankan sama ada suspek itu turut terlibat atau tidak dalam rompakan bertarikh 9 Jun tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori