SEBELUM ini Fezrul Khan telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang berbadan sado di akaun Instagram dan terdapat segelintir pihak yang mendakwa bahawa dia mahu menunjuk badannya yang kekar.
Susulan itu, Fezrul mengakui dia sebenarnya tidak berniat mahu menunjuk bentuk badannya di Instagram tetapi ia hanya sebuah perkongsian hobi sihat dan mahu menjadi pembakar semangat kepada mereka yang turut mengamalkan gaya hidup sihat sepertinya.
“Saya bukan mahu menayang badan seperi yang dikatakan sesetengah pihak. Gambar itu diambil ketika saya bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Tak kan saya nak memakai baju yang menutup badan pula?
“Lagi pun, saya juga mahu warna kulit lebih sekata. Saya pernah upload gambar tidak berbaju semasa bersenam di gimnasium. Bukannya saya menayang badan tanpa sebab kerana ingin menarik perhatian,” jelasnya kepada BH Online.
Tambah Fezrul, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menutup mulut peminat dan pengikut laman sosialnya dan dia juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia semakin berani selepas bercerai. – MYNEWSHUB.CC