SERING kali digandingkan bersama Kamal Adli, Emma Maembong mengakui dia berasa risau jika kekerapan berlakon bersama menimbulkan rasa bosan peminat.
Justeru, dia bercadang untuk mengurangkan kemunculan mereka bersama.
“Terbaharu, saya dan Kamal digandingkan menerusi drama #Assalamualaikum Cinta. Ini merupakan drama kelima menampilkan saya dan Kanal bersama-sama.
“Saya risau memikirkan penerimaan penonton tentang gandingan kami, takut ada yang bosan kerana sering melihat kami berdua berlakon bersama.
“Saya sebenarnya tidak kisah jika sering digandingkan bersama Kamal sekiranya ia memenuhi kehendak penonton tapi rasanya selepas ini kami kena kurangkan berlakon bersama dalam drama,” katanya kepada BH Online. – MYNEWSHUB.CC