KUAlA LUMPUR: Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disahkan meninggal dunia malam tadi akibat kehilangan oksigen.
Kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, disahkan oleh adik TPM, Lokman Hamidi menerusi akaun Facebook milikya malam tadi.
Syed Alman merupakan menantu sulung Ahmad Zahid dan juga suami kepada Ikon Belia Negara, Datuk Nurul Hidayah, 37.
Allahyarham dilaporkan tidak menyedarkan dirinya ketika mendapatkan rawatan di klinik pergigian di Bangsar petang semalam sebulum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Syed Alman meninggalkan seorang isteri bersama tiga anaknya, Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.
Nurul Hidayah melalui laman Instagramnya pada pukul 11 malam tadi menzahirkan rasa sedih kelihalangan suaminya itu.
“Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang,” katanya.
TPM yang berada di Jepun atas urusan kerja difahamkan telah tiba di Pangkalan Udara Tentera Subang pada kira-kira 3.30 pagi. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro