Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kurangkan Risiko Diabetes Melalui...

KUALA LUMPUR - Gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes atau kencing...

Azmin Respons Hantaran ‘Tutup...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

ADUN Harap Trenglish Diperluas...

KUALA TERENGGANU - Hampir 75 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terlibat...

Kena Pakai ‘Bikini’ Halang...

PENYANYI berketurunan Cina, Elizabeth Tan menyatakan salah satu daripada impiannya sejak kecil adalah...

Tanaman Jagung Bijirin Kemaman Bakal Dituai Pertama Kali

KEMAMAN – Projek perintis penanaman jagung bijirin untuk makanan ternakan seluas 38 hektar yang dilaksanakan di Kampung Dadong, dekat sini bakal mengeluarkan hasil tuaian pertama akhir September ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata projek yang disertai 51 petani dari sekitar kampung berkenaan bakal mengeluarkan hasil antara lapan hingga 12 tan metrik.

Projek perintis ini katanya turut melibatkan kerjasama antara Jabatan Pertanian dengan syarikat swasta, Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG).

“Projek dimulakan awal bulan ini dan ia boleh dituai 100 hari dari sekarang.

“Jika sekiranya projek ini berjaya ia akan menjadi sejarah baharu dalam industri pertanian kita iaitu tanaman jagung bijirin akan menjadi satu lagi tanaman utama bagi menyokong sumber makanan negara selain tanaman padi.

“Ia sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap jagung import kerana kita terpaksa mengimport kira-kira empat tan jagung bijirin dengan nilai RM3.1 bilion setiap tahun bagi menghasilkan makanan untuk ternakan seperti ayam dan ikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak tanaman jagung tersebut di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Pertanian negeri, Mohd Nasir Warris dan Ketua Pegawai Eksekutif GWG, Dr. Chua Kim Aik.

Ahmad Shabery berkata projek berkenaan juga bakal mewujudkan satu ekosistem industri pertanian baharu, yang memberi peluang besar kepada pengusaha tanaman, pembekal biji benih, pembekal baja, logistik, pemprosesan, penjualan dan pengeksportan.


“Ini adalah satu bentuk kekayaan baharu yang dapat kami wujudkan untuk golongan petani di negara ini,” katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian katanya bercadang memperluas penanaman jagung bijirin ini ke lokasi lain yang sesuai dengan tanaman tersebut seperti di Temerloh, Pahang dan Baling, Kedah.

“Jika model penanaman jagung Kemaman ini terbukti berjaya, kami akan memperluas ke kawasan sawah luar jelapang sedia ada di Malaysia yang kini dianggarkan seluas 164,000 hektar.

“Selain itu kementerian juga menyasarkan untuk mengguna pakai tanah terbiar yang dianggarkan seluas 120,000 hektar untuk tujuan sama,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori