Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Siasat Punca Dua Penuntut...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan Covid-19...

Jamal Bakal Dapat Anak...

KUALA LUMPUR – Pada usia 60 tahun, penyanyi Datuk Jamal Abdillah bakal menimang...

4 Kementerian Baharu Wujud...

KUALA LUMPUR - Empat kementerian baharu dalam senarai Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri...

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin...

TAHNIAH diucapkan buat pasangan suami isteri popular, pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin...

Video: Tangan Budak 3 Tahun Tersepit Eskalator Di Melaka

LAGI kes kemalangan eskalator melibatkan kanak-kanak!

Terbaharu, menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di Ayer Keroh, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam tadi, mangsa, Iman Sumaiyah Masri dilaporkan bersama keluarganya pergi ke pasaraya berkenaan untuk membeli belah.

Bagaimanapun malang tidak berbau apabila sewaktu mangsa melalui kawasan eskalator, tangannya tiba-tiba tersepit pada eskalator berkenaan.

Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din berkata, akbat kejadian itu mangsa mengalami luka melecet pada tangan kanannya.

“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pukul 10.02 malam. Sepasukan 12 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ashraf Abdullah bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.


Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar Hospital Pantai di Ayer Keroh untuk menerima rawatan susulan.

Dalam pada itu, punca kejadian masih dalam siasatan.

6 Jun lalu, seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun dilaporkan cedera apabila kemaluannya tersepit pada eskalator sebuah pasar raya di Bagan Serai, Perak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori