Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PATA Travel Mart Bantu...

LANGKAWI - Hampir setahun menjadi anggota Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA), Lembaga Pembangunan Langkawi...

China Buka Semula Sempadan...

GLOBAL | China membuka semula sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan yang...

JPJ Perak Keluar 162...

IPOH - Sebanyak 162 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerusi Op...

Usaha Tambah Baik Tadbir...

KUALA  LUMPUR - Usaha negara untuk menambah baik tadbir urus dan menghapuskan rasuah perlu...

1 Januari Tarikh Kuat Kuasa ‘Simpanan Shariah’ KWSP

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan 1 Jan setiap tahun sebagai tarikh kuat kuasa ‘Simpanan Shariah’ bagi para pencarum yang memilih untuk menukarkan simpanan mereka kepada akaun simpanan baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata penetapan tarikh itu dibuat mengikut peruntukan dana patuh syariah tahunan.

Beliau berkata peruntukan dana patuh syariah untuk pencarum akan diberi mengikut giliran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh anggota Lembaga KWSP.

“Apabila pendaftaran Simpanan Shariah telah memenuhi kuota dana yang diperuntukkan pada tahun tersebut, pencarum yang telah membuat pilihan Simpanan Shariah tetapi belum berjaya memperoleh peruntukan dana itu perlu menunggu peruntukan dana patuh syariah tahunan yang seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai akaun ‘Simpanan Shariah’ yang akan diperkenalkan oleh agensi itu di ibu pejabat KWSP di sini, semalam.

Shahril Ridza berkata pada tahun ini pendaftaran untuk ‘Simpanan Shariah’ akan dibuka kepada para pencarum KWSP mulai 8 Ogos hingga 23 Dis.

“Apa yang menarik mengenai Simpanan Shariah ini ialah ia terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan. Pencarum diingatkan membawa dokumen pengenalan diri di mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari,” katanya.

Shahril Ridza berkata KWSP akan melancarkan dana patuh syariah sepenuhnya pada 2017 sebagai pilihan kepada pencarum yang berminat untuk menukarkan akaun simpanan mereka kepada status patuh syariah dengan saiz dana awal sebanyak RM100 bilion.


Beliau berkata pencarum KWSP hanya dibenarkan mempunyai satu akaun KWSP sahaja, sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah.

Shahril Ridza juga berkata sebuah Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS), ditubuhkan oleh Lembaga KWSP untuk berperanan sebagai pihak berkuasa dalam perkara membabitkan syariah.

“JKPS dianggotai lima orang yang berkelayakan dalam bidang syariah dan mempunyai pengetahuan atau pengalaman luas dalam bidang syariah yang meliputi aspek perbankan, kewangan, undang-undang dan lain-lain disiplin yang berkaitan,” katanya.

JKPS dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Mohamad Akram Laldin (Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academic for Islamic Finance) dan dianggotai Prof Madya Dr. Aznan Hasan (Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIA).

Dua lagi anggota JKPS ialah Prof Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIA) dan Dr. Kamaruzaman Noordin (Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori