Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Dua Saksi...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan dua wanita warga Indonesia, yang diperlukan untuk...

Skim Kawalan Harga Aidilfitri:...

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merekodkan...

Pemandu Mabuk ‘Terbang’ Dan...

SEORANG pemandu telah membuat kejutan apabila kereta yang dipandunya telah 'terbang' dan terus...

Rihanna Terima Anugerah Daripada...

TAHNIAH diucapkan kepada pelantun lagu Umbrella, Rihanna yang dikhabarkan bakal menerima anugerah kemanusiaan...

Tasbih Sepanjang 38 Meter, Berusia 300 Tahun

PERNAHKAH anda lihat tasbih yang panjangnya mencapai puluhan meter? Di Polewali Mandar, Sulawesi Barat seorang penduduk menyimpan tasbih dengan panjang mencapai 38 meter dan mempunyai 3,300 buah biji tasbih.

Selain itu panjang atau keistimewaan tasbih yang dianggarkan berusia  300 tahun ini ialah biji tasbihnya diperbuat daripada buah manjakani dari Arab Saudi.

Di bulan Ramadan tasbih yang didakwa warga Binuang merupakan terpanjang di dunia ini digunakan oleh puluhan penduduk untuk berzikir selepas solat Tarawih berjamaah di Masjid Nurul Hidayah Kelurahan Amassangan.

Uniknya, warga tidak berzikir sendirian tetapi dengan membuat lingkaran di tengah masjid sambil menggunakan tasbih yang panjangnya berpuluh-puluh meter.

Tasbih tersebut didakwa pertama kali dibawa oleh ‘Syeikh Abdul Kadir’ yang diberi gelaran Haji Mallawi dari tanah Arab ketika menyebarkan agama Islam di Kerajaan Binuang. Tasbih ini sekarang dipegang oleh keturunan keenam Syeikh Abdul Kadir yakni Muslimin, yang juga menjadi imam masjid Nurul Hidayah Binuang.

Menurut Muslimin, hampir setiap hari tasbih ini digunakan penduduk untuk khatam Al-Quran, maulid dan bacaan tahlil.

Namun untuk menjaga kemampanannya tasbih ini hanya dipakai untuk berzikir berjamaah di masjid ketika bulan Ramadan serta ketika bacaan tahlil penduduk yang meninggal dunia.


“Biasanya dipakai selepas Tarawih. Kita ramai-ramai berzikir dengan mengelilingi tasbih yang panjangnya mencapai 38 meter . Biasa juga dipakai kalau hari Jumaat namun bukan rutin harian kecuali ada warga yang membuat bacaan tahlil,” kata Muslimin.

Malangnya akhir-akhir ini banyak yang mengambil biji tasbih tersebut untuk dijadikan ubat namun tidak dikembalikan semula. Bagi menggantikan biji-biji tasbih yang hilang, kayu khas dari Mesir terpaksa ditempah.

Hingga saat ini tasbih terpanjang ini masih tersimpan di rumah Muslimin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori