Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Selangor Bendung Kes...

SHAH ALAM – Langkah membendung aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekolah serta...

GMB Sasar Promosi 1,200...

LANGKAWI - Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) menetapkan sasaran untuk mempromosi...

Khazanah Agih RM1.6b Fasa...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd dijadual mengagihkan hingga RM1.6 bilion kepada Penerbangan...

Trump Puji Keputusan Bijak...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyifatkan Korea Utara telah...

Tawaran Live On Air Kempen Iklan Ramadan TV Alhijrah

SETELAH mendapat tempahan lebih 200 usahawan kecil dengan nilai iklan melebihi RM1 juta, Projek Iklan Ramadan Korporat Penyayang (CSR) TV Alhijrah menuju minggu akhir tawaran.

“Banyak berita gembira kami jadikan kejutan sebagai tanda menghargai pelanggan kami dalam kempen CSR ini. Mereka yang membeli akan menerima bonus spot siaran iklan melebihi angka belian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Selain bonus siaran spot melebihi jumlah belian, pengiklan yang sudah menyertai kempen ini akan ditawarkan pakej tambah nilai belian spot yang menarik, sejajar dengan falsafah projek CSR ini yang menekankan kepada konsep jenama IKS membangun bersama TV Alhijrah.

“Ini minggu akhir untuk belian kempen Ramadan. Ini siratulrahim antara kami sebagai operator TV dengan usahawan Muslim yang sedang membina langkah mencari kecemerlangan perniagaan,” kata Izelan.

mo

TV Alhijrah menyeru lebih ramai usahawan kecil menyertai kempen CSR ini sebagai langkah usahawan Islam dalam industri kecil untuk membina empayar jenama melalui pengiklanan TV.


“Anda semua warga usahawan kecil ialah sebahagian tulang belakang ekonomi umat Islam. Malah, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sudah tentu kami meraikan anda sebagai ikon elit di peringkat akar-umbi,” kata Izelan.

Selain Pakej Asas RM2500 untuk 16 spot iklan, kempen minggu terakhir menawarkan lebih spot siaran kepada pakej Jumbo yang menyediakan lebih 100 spot iklan dengan harga RM12,500. Manakala bagi pembeli dua pakej Jumbo akan menerima bonus bersiaran secara langsung selama lapan minit dalam segmen Hijrah Mall Assalamualaikum yang bersiaran setiap hari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Cepat hubungi 011 2172 1211

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori