Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ibu Maut, Bayi Cedera...

MIRI - Seorang ibu maut manakala bayi perempuannya berusia sebulan cedera parah apabila...

Pemimpin BN Tidak Boleh...

SUNGAI PETANI - Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak ambil mudah kedudukan...

JDT Hantar Permohonan Rasmi...

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan hasrat untuk...

Rasuah: Pegawai Kanan Perikanan...

LABUAN - Seorang pegawai kanan Jabatan Perikanan Labuan direman tujuh hari bagi membantu...

Calvin Harris Masuk Senarai ‘Ex-Boyfriend’ Taylor Swift

NAMA penyanyi dan DJ terkenal, Calvin Harris kini tercatat dalam koleksi salah seorang bekas teman lelaki superstar Taylor Swift.

Hubungan setahun lebih itu terputus di tengah jalan dan dikhabarkan bahawa penyanyi How Deep Is Your Love berusia 32 tahun itu sendiri yang meminta hubungan ditamatkan.

Menurut sumber dalaman, hubungan pasangan itu mula goyah sebelum Calvin terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Memulakan hubungan asmara sejak Mac tahun lalu, ini merupakan hubungan cinta paling lama bertahan yang pernah Taylor, 27; lalui selepas dikaitkan dengan ramai selebriti lelaki iaitu John Mayer, Harry Styles, Joe Jonas, Jake Gyllenhaal dan Taylor Lautner.

Mungkinkah selepas ini akan ada lagu-lagu patah hati dari Taylor yang ditujukan kepada Calvin seperti mana selalu dilakukan penyanyi wanita itu selepas putus cinta?


Sama-sama kita tunggu dan lihat! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori