Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amerika Gesa China Tutup...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan...

Pemuda Maut Kereta Bertembung...

DUNGUN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler...

Pengeluaran Myvi Baharu Terjejas...

KUALA LUMPUR – Pengeluaran Myvi baharu yang juga model paling laris Perusahaan Otomobil...

Aki Ra, Wira Kemboja...

SEORANG lelaki warga Kemboja, Aki Ra dikenali sebagai wira di negaranya kerana bekerja membersihkan kawasan yang...

50 Maut Insiden Tembakan Di Kelab Gay Di Florida

ORLANDO – Satu insiden tembakan berlaku di sebuah kelab malam gay di pinggir Orlando, Florida awal pagi ini, mengakibatkan 50 kematian.

Insiden ini disifatkan sebagai serangan tembakan rambang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) hinggakan, negeri berkenaan kini diletakkan dalam situasi darurat.

Sumber polis AS berkata, puluhan mangsa lain cedera turut cedera.

Penyerang, Omar Mateen yang berketurunan Afghan maut selepas berlaku tembak menembak.

Associated Press melaporkan, pasukan pengesan bom dan bahan letupan turut berada di tempat kejadian.

Polis Orlando meminta orang awam menjauhkan diri dari kelab yang menjadi lokasi kejadian malang.

KELUARGA dan rakan meratapi pemergian mangsa yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Orlando. - Foto Reuters
Keluarga dan rakan meratapi pemergian mangsa yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Orlando. – Foto Reuters

Beberapa laporan mengatakan, sekurang-kurangnya terdengar 20 tembakan dari dalam kelab tersebut.


Rakaman video yang tersebar di media sosial memperlihatkan puluhan kenderaan ambulans dan bomba sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan beberapa orang sedang dirawat di laluan pejalan kaki.

Lebih daripada 100 orang dilaporkan sedang menikmati pesta dengan tema Latin di kelab yang terletak berhampiran Orange dan Kaley Avenue.

Pengurus kelab gay yang berjaya melarikan diri mengatakan bahawa penyerang melepaskan tembakan kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori