Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Kenyataan Interim Penuh Oleh...

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Berikut ialah kenyataan penuh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran...

UMNO Bertanding PRU15 Atas...

PASIR GUDANG - UMNO tidak menolak kemungkinan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN)...

Polis Terima Laporan Aktiviti...

SEPANG - Polis menerima satu laporan berhubung tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi...

Derma Untuk Guru RM1,...

BARU-baru ini sebuah posting berjudul 'Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1' yang ditulis oleh...

Terima Kasih PDRM Kawal Keselamatan Sepanjang PRK

KUALA KANGSAR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota polis yang berjaya mengawal keselamatan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor, sejak hari penamaan calon 5 Jun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bertugas semasa bulan Ramadan, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka memastikan kelancaran proses kempen kedua-dua PRK itu.

“Tahniah kepada pegawai dan anggota PDRM, mudah-mudahan tiada insiden yang berlaku hari ini (hari pengundian),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis bersahur bersama pegawai dan anggota PDRM di Markas Taktikal PDRM Parlimen Kuala Kangsar di sini, awal pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi yang turut hadir pada majlis itu berkata, pihaknya berjanji akan memastikan keamanan sepanjang proses pengundian PRK Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata sejak 5 Jun lepas, sebanyak 2,974 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar.


“Sepanjang tempoh berkempen, 26 laporan polis (berkaitan pilihan raya) telah dibuat manakala 161 ceramah diadakan, namun tiada sebarang insiden serius dilaporkan,” kata Abdul Rahim.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian anggota Parlimen masing-masing Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk PRK Parlimen Kuala Kangsar dibuka bermula 8 pagi ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori