Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hari Keputeraan Rasmi Agong...

PUTRAJAYA – Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V  bagi tahun ini (2017) dipinda...

Gambar Ini Simbolik Semangat...

Seorang pemilik akaun Facebook, Kiran Kreer telah berkongsi satu gambar dengan cerita yang...

“Saya Tak Akan Turun...

MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau...

Lelaki Lemas Di Dalam...

KOTA MARUDU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang kira-kira jam 2 petang tadi...

‘Terima Kasih’ Rafizi, Bongkar Salah Laku Kerajaan Selangor

SUNGAI BESAR – Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos ‘berterima kasih’ kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kerana mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui parti itu sendiri.

Beliau berkata tindakan Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menunjukkan seolah-olah salah laku kuasa dan rasuah memang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Rentetan laporan Rafizi itu, saya difahamkan SPRM telah menahan seorang bekas Anggota Parlimen di Selangor dua hari lepas bagi membantu siasatan kes rasuah.

“Kita berharap dengan penahanan itu, SPRM akan menjalankan siasatan lebih terperinci termasuk turut menjurus kepada menteri besar memandangkan yang ditahan itu adalah orang kuatnya. Kita juga ucapkan tahniah kepada Rafizi kerana telah tunjukkan isu sebenar berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sumber SPRM dilaporkan berkata bekas wakil rakyat itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang dikatakan diterima daripada seorang kontraktor.

Bekas anggota Parlimen itu bagaimanapun dibebaskan SPRM kira-kira 3 petang semalam setelah selesai memberi keterangan.


Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan.

Rafizi pada bulan lepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berhubung dakwaan salah laku pentadbiran kerajaan negeri Selangor selain mengemukakan maklumat dan bukti serta individu yang didakwanya terlibat.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan untuk mendapatkan wanita sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori