Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Betul Ke Anwar Enggan...

KECOH... Desas-desus kedengaran dari kem PKR bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim 'tolak' hasrat...

Raja Muda Minta Rakyat...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta agar...

1,572 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 1,572 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini...

Pesawat QZ8501 Naik Ke...

JAKARTA – Pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di perairan Laut Jawa pada bulan...

Thailand Muncul Juarai Piala Negara-Negara

MELAKA – Thailand muncul juara kejohanan bola sepak bawah 21 tahun Piala Negara-Negara 2016 setelah menang tipis 2-1 ke atas Malaysia pada aksi final di Stadium Hang Jebat, di sini malam ini.

Thailand, selaku juara Sukan SEA 2015, melakukan kejutan seawal minit ketiga dengan gol pertama menerusi rembatan Worawut Namvech.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma Suradet Klankham terkena tiang dan gagal diselamatkan oleh benteng pertahanan negara.

Minit ke-11 menyaksikan Thailand hampir menambah gol apabila Tanasit Siripala berdepan situasi satu lawan satu dengan Amierul Hakimi Awang namun penjaga gol Malaysia itu pantas menepis percubaan Siripala.

Lima minit kemudian, anak buah Frank Bernhard thampir menyamakan kedudukan apabila Muhd Safawi Rasid membuat larian deras di sebelah kiri padang dan membuat hantaran lintang, namun Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew terlepas untuk melakukan sepakan ke arah gawang.


Bagaimanapun, Malaysia berjaya mengikat lawan pada minit ke-35 apabila Muhd Safawi membuat hantaran tinggi dari sebelah kiri kepada Nur Syamie Iszuan Amin yang berlari pantas di sebelah kanan dan kemudian tenang menewaskan penjaga gol Apirak Warawong.

Pada babak kedua, menyaksikan skuad pelawat bimbingan lagenda Thailand, Worrawoot Srimaka, mula mengatur gerakan kemas dan melakukan asakan bertali arus sehingga Malaysia hilang punca untuk melakukan serangan balas.

Asakan pasukan negara Gajah Putih itu akhirnya berjaya menembusi kubu Malaysia apabila Chenrop Samphaodi tenang menyempurnakan gol kemenangan pada minit ke-78, hasil hantaran pemain gantian Montree Promsawat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori