Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Musykil.. Bayi Wajah Bangladesh...

SETIAP kali mengikuti operasi bersama pihak berkuasa pasti ada babak drama kehidupan dapat...

Perak Cadang Hadkan Pengunjung...

IPOH - Kerajaan Negeri Perak bercadang untuk mengehadkan jumlah kedatangan pengunjung ke Royal...

Pengusaha Laksa Kebok Hairan...

BALING - Pengusaha laksa kebok hairan dengan tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Baling (PKDB)...

Panik Harga Cili Cecah...

JAKARTA - Harga cili di Indonesia naik tinggi selepas sambutan Tahun Baharu 2017...

Tiket Sold Out: 1,500 Sertai Seminar #HijrahUsahawan

HijrahUsahawan

HANYA setelah dua hari pendaftaran dibuka secara online bermula 2 Jun lalu, tiket penyertaan Kempen #HijrahUsahawan habis ditempah secara e-tiket.

Program bimbingan keusahawanan ini julung kali dianjurkan secara percuma dan akan diadakan pada 18 Jun mulai 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Selain pengisian bimbingan ilmu keusahawanan, TV AlHijrah turut melancarkan Kempen Iklan Ehsan berkos murah untuk semua usahawan menyiarkan produk dan jenama mereka dalam slot pelbagai siaran program TV AlHijrah.

Kempen dengan fokus seminar keusahawanan ini dianjurkan oleh Richwork Sdn. Bhd. dengan kerjasama TV AlHijrah.

Seminar tiga jam dengan silibus motivasi keusahawanan ini akan dikendalikan pakar motivasi Dr. Azizan Osman.

Izelan Basar
Izelan Basar

“Sebagai akses untuk usahawan Islam Melayu mendapatkan bimbingan perniagaan, TV Alhijrah dan Richwork milik Dr. Azizan mengambil inisiatif menyediakan 1,500 tiket percuma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Program ini turut dirakamkan sebagai rancangan TV dan akan disiarkan TV AlHijrah.

Memandangkan sambutan luar biasa usahawan Islam Melayu untuk menyertai seminar ini, TV AlHijrah dan Richwork akan mengadakan program ini secara bulanan.

“Siri kedua pada Ogos dan Insya Allah kami akan bawa program ini berkeliling ke seluruh negara,” jelas Izelan.


Seribu tempat duduk disediakan dalam Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur, manakala 500 peserta dapat menyaksikan ceramah Dr. Azizan melalui dua skrin layar di foyer dewan tersebut.

84c87711-2d35-438d-a874-9dd02b01974b

“Kami tidak mahu mengecewakan peserta yang mendaftar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sawarak. Jadi kami sediakan ruang tontonan melalui skrin layar,” kata Izelan.

Program ini khusus dengan silibus bimbingan untuk memulakan perniagaan, pengurusan aset, pengukuhan jenama serta penerapan nilai-nilai Islam dalam perniagaan.

bonus

“Bonus utama bagi semua usahawan yang hadir ialah, diberi keutamaan membeli slot iklan berharga istimewa yang kami sediakan sempen kempen Pakej Syawal yang akan turut dilancarkan pada hari yang sama,” jelas Izelan.

Sesi jualan iklan akan mula dibuka pada 12.15 tengah hari sebaik sahaja sesi ceramah berakhir. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori