Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Projek RTS Akhir...

JOHOR BAHRU - Keputusan meneruskan pembinaan projek laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor...

IM Asyraf Dedah Tak...

SIAPA tak kenal dengan dua figura Islamik ini, kredibiliti Imam Muda (IM) Asyraf...

Kemenangan KL City FC...

Begitulah adat permainan ada kalah dan menang. Jika tiada elemen tersebut bukan permainan...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas...

LANGKAWI - Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah...

TMJ, Isteri Namakan Anak Tunku Kalsom Aminah Sofiah

ISTERI Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam berserta puteri sulung mereka dibenarkan pulang ke Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada Isnin.

Baca: TMJ Timang Cahaya Mata Pertama, Seorang Puteri

Pasangan diraja ini memilih untuk menamakan puteri sulung mereka dengan nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail.

TMJ, Isteri Namakan Anak Tunku Kalsom Aminah Sofiah

TMJ, Isteri Namakan Anak Tunku Kalsom Aminah Sofiah

Berita ini telah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan.

“Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Allah Peliharakan Sultan,” tulisnya di laman Facebook Johor Southern  Tigers.


Tunku Kalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail merupakan cucu pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Che Puan Khaleeda melahirkan puteri sulungnya pada 25 Jun 2016 (Sabtu) bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah.

Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2014. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori