Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

6 Sekeluarga Miskin Tinggal...

ALOR SETAR – Rumah yang didiami enam sekeluarga di Kampung Telok Chengai Dalam...

Petronas Penaja Platinum Sukan...

PUTRAJAYA - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) disenaraikan sebagai penaja platinum Sukan SEA ke-29...

1,000 Sekolah Bakal Terima...

KOTA BHARU : Sebanyak 1,000 buah sekolah di seluruh negara akan dipilih untuk...

Selepas ‘Alaikum Salam’, Lindsay...

SELEBRITI Hollywood popular, Lindsay Lohan terus-menerus menimbulkan teka-teki mengenai agama yang dianutinya kini. Terbaharu,...

TPM Ajak Umat Islam Sertai Kerajaan Bangunkan Masjid

KUALA KANGSAR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak umat Islam supaya menyertai kerajaan dalam usaha-usaha membangunkan masjid.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menyalurkan banyak peruntukan bagi pembangunan masjid, namun ia merupakan tanggungjawab bersama umat Islam terutamanya yang berkemampuan untuk turut menyumbang kepada usaha murni itu.

“Jika tidak mampu, baharulah mohon bantuan. Tidak kiralah bantuan kecil hatta seketul batu, yang penting kita ikhlas dalam membangunkan masjid,” katanya ketika berucap sebelum majlis berbuka puasa dan solat Maghrib bersama masyarakat di Masjid Kubang Pekan di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan pengerusi‎ Yayasan Kabajian Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Malek Noor.

Ahmad Zahid berkata, sebarang khidmat untuk manfaat masyarakat haruslah dilaksanakan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.


“Janganlah berharap pada kejayaan. Harapan tinggi, bila tidak tercapai, kita akan kecewa. Bila kita melayan rasa kecewa, ia boleh menjejaskan peranan kita,” katanya.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid merasmikan program #1Malaysia 1Hope anjuran YAKEB dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori