TARIKH 11 Jun 2016, Tun Dr. Mahathir secara peribadi telah ‘turun padang’ berceramah dan berkempen di Sekinchan, Selangor bagi pihak calon Parti Amanah Negara (PAN) atau lebih tepat lagi sebagai wakil untuk DAP.
Risalah-risalah yang disebarkan tentang kedatangan Mahathir ke Dewan Restoran Hao Xiang Chi di Sekinchan menyatakan bahawa beliau akan membuat pendedahan besar-besaran bersama-sama dengan pelbagai bukti.
Selain itu dokumen-dokumen berkaitan dengan dakwaannya terhadap Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malah akan didedahkan kepada umum di restoran tersebut.
Malangnya, selain hanya lebih kurang 600 orang yang hadir untuk menyaksikan sendiri bukti serta dokumen seperti dinyatakan dalam risalah itu Mahathir rupa-rupanya kembali dengan perangai lamanya ialah KUAT MENIPU!
Berbanding reputasinya yang sangat gah selama 22 tahun memerintah disokong bekas partinya sendiri, UMNO dan BN; mana bukti-bukti daripada segala tuduhannya? Mana dokumen-dokumen yang didakwa akan didedahkan?
Rata-rata yang hadir di dewan restoran tersebut adalah kaum Cina yang merupakan pengundi tegar DAP dan sebahagian besar tidak peduli dengan sebarang berita kecuali yang diberitahu oleh pemimpin DAP semata-mata.
Ironi, tiada bukti dan tiada dokumen yang didedahkan oleh Mahathir dalam ceramahnya di Sekinchan! Sebaliknya bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu hanya sekadar mengulang-ulang tuduhan dan tohmahan liar.
Hakikatnya semua dakwaan itu telah pun dijawab namun beliau terpaksa pula membuat sindiran lain tentang isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor, jet rasmi kerajaan Malaysia dan majlis perkahwinan anak Najib.
Bagaimanapun Mahathir tidak pula menceritakan mengapa rakan baiknya sendiri, Vincent Tan sering menaja majlis hari jadinya pada yang berlangsung begitu mewah setiap tahun dengan nilai mencecah jutaan ringgit?
Apakah balasan projek yang diperoleh oleh Vincent dengan kebaikannya itu, sama ada sepanjang tempoh 22 tahun Mahathir pernah berkuasa atau semasa zaman Najib kerana pengaruh dan tekanan oleh Mahathir sendiri?
Majlis hari jadi gah Mahathir tidak pakai duit rakyat? Majlis kahwin anak Rosmah pakai duit rakyat? Orang bodoh sahaja yang akan percaya, Mahathir dan anak beranaknya kaya raya kerana jumlah harta Qarun dari sungai Tigris!
Daripada isu ‘berat’ 1MDB sehinggalah isu remeh seperti peranan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri yang sudah tentu diberi tanggungjawab mewakili negara, Mahathir benar-benar menjatuhkan diri ke tahap paling hina.
Mahathir hanya mampu mensensasikan pembohongan pakar propaganda PKR, Rafizi Ramli sedangkan pada masa sama, tindakan-tindakannya yang merugikan rakyat negara ini selama 22 tahun, langsung tidak disentuhnya pula.
Mungkin sedar penipuan Rafizi yang terlalu bergantung kalkulator untuk mengira dan cuba menimbulkan persepsi bahawa Rosmah berada di dalam pesawat sewaan ganti itu selama 2 bulan, Mahathir sekadar mampu menyindir.
Beliau bahkan tidak berani membuat tuduhan sebagaimana yang sering dilakukannya. Dalam majlis tohmahan tersebut, turut diadakan adalah video Skype bersama-sama Claire Brown, pemilik dan penulis Sarawak Report.
Portal berita asing berpusat di London, Britain itu telah lama dijadikan sebagai kitab utama oleh golongan pro-Mahathir dan pemimpin DAP, Tony Pua untuk sebar fitnah khasnya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Pendedahan Andre Xavier Justo tentang plot Brown dan Tony dengan wang Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat sebanyak RM2 juta mewujudkan fitnah terhadap Najib, langsung tidak disebut oleh Mahathir dalam ceramahnya.
Koii Ong dan Kay Tat sekarang ini telah menjadi saksi untuk pelbagai agensi penyiasatan berhubung pendedahan Justo, bekas staf yang ditipu oleh kedua-dua mereka dalam transkrip perbualan menerusi aplikasi WhatsApp.
Sebagai bekas Perdana Menteri yang sangat masyhur dan gah, Mahathir akhirnya berjaya memalukan dirinya sendiri dengan sekadar menggunakan pelbagai tohmahan tidak benar itu sebagai hujah bodoh di Sekinchan pula.
Mana pergi kehebatan Che Det selama ini? Atau mungkin lebih tepat lagi mana perginya segala maklumat hebat yang kononnya telah sampai terlebih dahulu kepada pengetahuannya daripada sumber orang tertentu?
Sebagai seorang Mahathir, adakah akal dan pertimbangannya sudah cukup rendah sehingga terpaksa menggunakan pembohongan budak hanyir seperti Rafizi yang akhirnya di mahkamah akan menyatakan: “Saya hanya bergurau.”
Bukankah Rosmah sekadar mengulangi peranan biasa sebagai isteri kepada Perdana Menteri seperti yang pernah dilakukan oleh isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sendiri sewaktu 22 tahun beliau berkuasa dahulu?
Bezanya Rosmah menginisiatifkan Program Permata yang skop dan fokus program pendidikan prasekolahnya itu diterima oleh banyak negara, berbanding Siti Hasmah yang sekadar membawa imej kehebatan Mahathir sahaja?
Kalau Mahathir tidak ‘kurung’ Siti Hasmah,  mengapa pula Najib perlu kurung Rosmah dalam rumah agar Rosmah tidak dapat menjalankan peranan sebagai isteri Perdana Menteri yang diiringi tugas tertentu sebagai duta negara.
Untuk rekod, Mahathir malah memberi kebebasan penuh kepada anak perempuannya, Marina – yang zaman mudanya cukup masyhur kisahnya – iaitu untuk merosakkan minda masyarakat dengan idea liberalismenya.
Bahkan Mahathir berjaya menjadikan Rosmah, yang sejak awal diberi persepsi sangat negatif terutama ketika Anwar Ibrahim melihat Najib sebagai saingan utama jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1990-an. – Mynewshub.cc/HAA
#PRKKUALAKANGSAR