LAMAN mikro Twitter telah mula memperkenalkan kebolehan untuk Tweet semula Tweet anda sendiri, sekaligus membolehkan anda berkongsi pelbagai Tweet-Tweet lama anda kepada rakan-rakan Twitter lain sekali lagi.
Seperti ramai sedia maklum, garis masa Twitter sering bergerak pantas, dan mungkin ada kalanya pengikut atau rakan-rakan anda terlepas pandang sesuatu Tweet.
Dengan fungsi baru ini, anda boleh imbas semula Tweet terdahulu tanpa perlu menulis kembali status berkenaan. Sebelum ini fungsi ini terhad kepada Tweet semula untuk Tweet daripada pengguna lain sahaja, dan hari ini ia dibolehkan untuk pengguna membuatnya pada Tweet yang dihantar oleh mereka sendiri.
Fungsi ini telah pun mula aktif pada web, dan kita mungkin akan dapat melihatnya turut hadir pada aplikasi Android dan iOS dalam kemaskini terkini aplikasi berkenaan. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Twitter