Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Firma Malaysia Dituduh Sindiket...

BANGKOK -  Sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai kepentingan perniagaan utama di selatan Thailand dituduh sebagai "sindiket jenayah...

Pemulihan Projek Di Pulau...

MELAKA - Kejayaan Kerajaan Negeri Melaka memulihkan projek pembangunan komersial di Pulau Melaka...

Sultan Johor Haram Vape,...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan...

Anggota ASEAN Perlu Tangani...

MANILA - ASEAN yang kini mempergiatkan usaha ke arah pertumbuhan ekonomi yang tinggi...

Umat Islam Perlu Kikis Sikap Malas Berusaha

KANGAR – Sifat malas yang menjadi ‘virus’ dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini perlu dikikis daripada terus menular, kerana ia mengakibatkan umat menjadi mundur dalam pelbagai bidang terutama ekonomi, politik dan ilmu.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bagi aspek moral masyarakat Islam, sikap malas berusaha dan suka meminta atau mengemis amatlah tidak disukai selain tidak dihormati oleh orang lain.

“Sifat malas membantutkan segala urusan kerja dan rutin kehidupan sehingga menyebabkan masyarakat menjadi lemah serta menimbulkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam.

“Sebarang sifat merugikan seperti ini perlulah dibuang dari diri setiap muslim melalui pemantapan iman, ilmu dan akhlak di samping beramal soleh serta sentiasa memohon taufik dan hidayah Allah,” titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda bertitah pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Daerah Sandakan, Sabah semalam, menurut kenyataan oleh MAIPs di sini hari ini.

Baginda dan rombongan berangkat menyertai ‘Program Jalinan Kasih Kerajaan Negeri Perlis ke Negeri Di Bawah Bayu Sabah 2016’ anjuran Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP).

Turut mengiringi baginda ialah Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Noor.


Rombongan baginda disambut Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Ir James Wong, dan jawatankuasa masjid tersebut.

Baginda bertitah Islam amat menggalakkan umatnya supaya meningkatkan taraf hidup melalui pengukuhan ekonomi serta melarang sekadar berangan-angan, berpeluk tubuh dan berharap kepada Allah semata-mata tanpa rajin berusaha mengeluarkan diri daripada belenggu kemiskinan.

“Setiap pekerjaan yang dilaksanakan tanpa melanggar batas-batas syarak dianggap sebagai satu ibadat, sesuatu bangsa tidak akan menikmati kesempurnaan hidup dan keteguhan ekonomi kecuali dengan rajin berusaha dan memahirkan diri dengan ilmu,” titah baginda.

Pada majlis tersebut turut diadakan penyerahan sumbangan zakat daripada Pusat Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada beberapa asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan dan penyerahan sumbangan daripada MAIPs kepada pihak pengurusan masjid untuk penganjuran program dakwah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori